BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 September 2005

Dorchester Apartment, Sri Hartamas

Masa di KL dahulu apabila sudah tidak tahu hendak buat apa.. bila ada masa terluang.. kerja Aku ialah ambil gambar Nurin Iman. Macam-macam aksinya.


Kebetulan pada masa itu Nurin Iman baru hendak bertatih. Banyak aksi-aksi yang melucukan tetapi bermain di "sliding glass door" ini ialah aktiviti yang paling dia suka, mungkin sebab "see through"!


Hampir empat bulan kami di KL  atau dengan lebih tepat di Sri Hartamas. Syarikat tempat Aku bekerja telah membuka cawangan baharu di Sri Hartamas dan Aku ditugaskan untuk menyelia, mengawasi tugas-tugas pemasangan peralatan IT  dan seterusnya memberikan latihan kepada staff.


Seronok tinggal disini kerana semuanya lengkap, lagipun disini kami selalu terserempak dengan orang-orang glamour dan artis-artis. Maklumlah ini ialah kawasan mereka "hang out" dan membeli belah.

Apartment tempat kami menginap nih sebenarnya macam satu kompleks yang besar yang lengkap dengan shopping complex (Plaza Damas) dan commercial area di bawah satu bumbung.

Sepanjang tinggal di sini, Aku bejalan kaki ke tempat kerja. Dapatlah merasa tinggal di kondominium dan menghayati "lifestyle" Sri Hartamas. Sewanya sekitar RM1600 sebulan untuk sebuah studio apartment!  Memang mahal! Mujur semuanya ditanggung oleh pihak syarikat.


Langkah Nurin Iman yang pertama bermula di sini... Insyallah kalau kami ke KL lagi.. kami nak singgah Sri Hartamas.. nak makan kue teow yang power di situ dan nak beritahu pada Nurin Iman yang dia belajar berjalan di situ!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan