BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Mac 2006

Betullah Apa Mak Mertua Aku Kata

Mak mertua aku kata kalau anak (bayi) demam, itu tandanya akan ada perkara baru yang dia nak buat. Bila aku fikirkan kembali, ada betulnya kenyataan itu. Nurin Iman semasa mahu tumbuh gigi dan belajar bejalan dahulu pun demam.

Hendak dijadikan cerita. Nurin Iman selepas baik daripada demam tempohari terus sibuk mahu bercakap! Oooo... demam sebab ada "skill" baharu yang hendak ditambah rupa-rupanya. Sekarang ini, Nurin Iman sibuk tanya aku.  Walaupun aku tidak memahami apa yang hendak dia sampaikan! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan