BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 September 2005

Nurin @ Aquaria KLCC

Minggu ini adalah minggu terakhir Aku bertugas di Kuala Lumpur. Semua projek dan operasi syarikat telah berjaya di selesaikan. Staff baru yang akan mengambil alih tugas di sana telah pun Aku "train" secukupnya. Rasanya tak ada masalah untuk Aku pulang ke JB dengan senang hati.






Aku mengambil kesempatan hujung minggu untuk ke Aquaria KLCC. Pada mulanya Aku ingat Aquaria nih berada di KLCC.. rupa-rupanya lokasi yang lebih tepat ialah di basement Kuala Lumpur Convention Center. Perghh letih lah berjalan dari KLCC nak ke KL Convention Center tue.. Kalaulah tau.. tentulah Aku dah terus ke KL Convention..




Nurin bercakap dengan ikan.


Aquaria nih baru dibuka lebih kurang sebulan. Sebab itulah Aku nak ke sana cepat-cepat sebab tiket masuk masih lagi "harga promosi". Nanti kalau dah tak de promosi..mahal aa. Lagipun sementara ada di KL nih lebih baik pergi!






Puas hati ..apabila dah berada di dalam. Rasanya kagum pun ada..macam dalam laut betul! Sebelum nih pernah juga ke Underwater World "Langkawi", tapi yang ini lebih baik.














Abah..nak bawak ikan ni balik boleh tak?









Nurin & Emaknya........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan