BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

27 Mac 2006

Mac 27, 2006

Betullah Apa Mak Mertua Aku Kata

Mak mertua aku kata kalau anak (bayi) demam, itu tandanya akan ada perkara baru yang dia nak buat. Bila aku fikirkan kembali, ada betulnya kenyataan itu. Nurin Iman semasa mahu tumbuh gigi dan belajar bejalan dahulu pun demam.

Hendak dijadikan cerita. Nurin Iman selepas baik daripada demam tempohari terus sibuk mahu bercakap! Oooo... demam sebab ada "skill" baharu yang hendak ditambah rupa-rupanya. Sekarang ini, Nurin Iman sibuk tanya aku.  Walaupun aku tidak memahami apa yang hendak dia sampaikan! :)
Mac 27, 2006

Masa Untuk Berjalan-jalan Makan Angin - Bali

Sejak saya mula berkerja, inilah pertama kalinya saya menyertai "Company Trip". Sudah 5 tahun saya bekerja di syarikat ini. Sebelum ini sudah banyak kali melepaskan aktiviti yang menyeronokkan ini kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 2002,  saya tidak dapat pergi kerana hendak bertunang. Tahun berikutnya 2003, tidak dapat menyertainya kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Manakala tahun 2004 saya tidak dapat mengikutinya kerana baru mendapat anak!



23 Mac 2006

08 Mac 2006

Mac 08, 2006

Nurin Iman - First time.......



Siang tadi bawak Nurin pegi Klinik. Nurin demam. Aku amik 1/2 day leave. Malam bila dah ok sikit bawak dia pegi Giant Skudai. Walau belum baik betul..masih nak main. Budak2 la katakan...





"Emak tak payah jaga lagi..Nurin dah pandai buat sendiri"