BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 April 2007

April 16, 2007

Jalan-jalan Ke Pikom PC Fair - City Square Johor Bahru

PC Fair nih kira event setiap tahun yang Aku pegi.. cuma kali nih pegi hari terakhir belah malam..orang pun dah tak ramai. Senang nak carik parking kereta. Follow PC Fair sejak zaman aku kat UKM lagi..first edition kat PWTC sampai la sekarang nih.. Kalau dulu2 masa kat U..pegi PC Fair naik komuter.. pas tue balik beli printer..mak aiii siksa woo pikul printer naik komuter.. 

Nurin Iman Di PC Fair
Nurin Iman Di PC Fair

12 April 2007

April 12, 2007

Jalan-Jalan Ke Zoo Negara

Hmmm.. Janji dengan Nurin nak ke Zoo memang dah lama.. tapi disebabkan terlalu sibuk dengan kerja terpaksalah ditangguhkan.

Kebetulan pada bulan Mac yang lalu ada majlis perkahwinan anak pakcik sebelah orang rumah di Wangsa Maju. Kami pun mengambil keputusan untuk ke Zoo Negara selepas balik dari menghadiri majlis tersebut.. Kali terakhir ke Zoo Negara ialah pada tahun 1988. Err masa Tingkatan 2!!!



Pintu Masuk Zoo Negara
Pintu Masuk Zoo Negara



Walaupun dah lama tak ke sana, tak banyak perubahan yang berlaku. Apa yang pasti, Nurin sangat "excited" apabila sampai di sana. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, RM6 untuk kanak-kanak. Bawah usia 3 tahun percuma.


Lepas nih nak pegi mana Abah?
Lepas nih nak pegi mana Abah?



Bear!
Bear




Tapir
Tapir




Emak! Yang ini apa?
Emak! Yang ini apa?