Cerita Tentang [
Umum
]

Beras Naik Harga!!!




Seperti kebiasaannya, Kami pergi berbelanja di Giant semalam. Kami akan ke sana seminggu sekali. Dalam masa sebulan nih, harga beras memang menjadi perhatian utama apabila pergi berbelanja. Trend peningkata harga sebenarnya telah pun Kami sedari sejak akhir bulan 3 yang lepas.

Biasanya Kami membeli beras dalam beg 5kg untuk keperluan lebih kurang 3 minggu. Kali terakhir membeli.. adalah pada harga RM13.89 pada awal bulan 4 yang lalu. Malam tadi terasa rajin pulak, belek resit shopping lama.. tarikh 23/03/2008 - untuk Kod Produk 1195694 (Jasmine Super Rice) harga untuk 5kg beras ialah RM9.89.


Sekarang untuk produk yang sama, harganya ialah Rm14.89. Peratus peningkatan adalah (5/9.89)*100% = 50.56%!! Macam mana boleh jadi macam nih? Beras yang selalu di beli tue pun bukannya beras import. Beras tempatan! Itu baru penangan beras.. belum lagi lain-lain barangan!

Gomen perlu buat sesuatu, sebelum keadaan bertambah buruk. Kesan peningkatan harga makanan dan kenaikan harga minyak pasti akan menyebabkan inflasi berada di tahap yang membebankan pengguna (rakyat).
Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment