Selamat Tinggal Teknologi 10 Base, Selamat Datang Teknologi Gigabit!

Teknologi 10 base network, untuk tahun 2008? Macam tak percaya! Apa-apa pun semua ini akan berubah hari ini bila peralatan yang baru tiba tadi akan di pasang malam nanti! Akhirnya peralatan yang dipesan tahun lepas telah tiba. Ini merupakan fasa pertama dalam proses menaik taraf sistem pengkomputeran dan rangkaian di tempat Aku bekerja. Minggu hadapan Server baru akan tiba :)

Peralatan network yang ada sekarang ini telah pun digunakan sejak tahun1997! Maknanya dah hampir 11 tahun ianya digunakan dan telah pun di pasang sebelum Aku mula bekerja di sini. Terbukti peralatan tesebut sangat stabil dan tahan lama. Switch yang digunakan ialah dari jenis SynOptics LattisHub 2803 16 port, Made In USA. Frankly, I will miss this switches.. the realibility!


3Com SuperStack 3
3Com SuperStack 3

Selamat datang 3Com SuperStack 3 Switch 4200, 26 & 28 port..but Made in China lah :) Sekarang ini "Cisco" pun dah dikeluarkan di China.. inikan pula jenama-jenama cap ayam yang lain. Tak kisah lah..janji boleh support gigabit!

3Com SuperStack 3
3Com SuperStack 3




14 Unit semuanya.. Server side 5 unit dan setiap segment 2 unit. 1 unit spare. Kami memulakan kerja-kerja mengenal pasti switch & connection yang hendak ditukar tepat pukul 5 petang. Setelah siap mengenal pasti switch yang hendak di tukar untuk setiap tingkat (Office ada 2 tingkat.. 6 dan 7) kami pun mengambil keputusan untuk memulakan kerja pada pukul 8 malam iaitu selepas membuat "backup" pada server dan selepas selesai proses "end of day" untuk "back office systems".


SynOptics in action, buat kali terakhir..
SynOptics in action, buat kali terakhir..




Installing the new switch....
Installing the new switch....




Tracing cable underneath raised floor
Tracing cable underneath raised floor




New switches ready for action..
New switches ready for action..




Selepas selesai memasang semua switch tersebut, kami pun memulakan proses menguji network. Mulakan dengan proses "ping" ke point setiap IP/Segment/Router. Kemudian kami menguji proses "sign on" di setiap terminal pada setiap segmen. Alhamdulillah..proses tersebut semuanya berjaya! Tepat pukul 11:30 malam semuanya telah selesai.

Minggu depan fasa kedua projek menggantikan server akan di mulakan..

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™