Cerita Tentang [
Tips
]

Rechargeable Battery?


eneloop Keseronokan bergadget akan terhenti bila kehabisan kuasa.. habis bateri huhu..

Nyawa setiap gadget seperti handphone, ipod, digital camera dan sebagainya ialah bateri. Power packs (Bateri) yang terbaik adalah bekalan yang amat perlu bagi seorang yang serious dengan gadget.



Bateri Boleh Cas Semula?


Masih ingat pada tahun 1990 bila membeli Walkman pertama, sejak itu earphone tak pernah lekang dari telinga. Dah beribu biji bateri juga di gunakan dan dibuang begitu sahaja bila habis digunakan. Tergerak pada satu hari ketika membelek-belek bateri di Parkson dan ternampak Rechargeable Battery. Huh! Bateri boleh cas semula? Menarik nih! Mesti cuba. Masa tue tahun 1992, kalau tak silap beli bateri jenama Eveready Rechargeable siap dengan chargernya sekali. Aku beli dua set bateri! Seronok tak terkata bila ada bila buat one time investment dan boleh dipakai berulang-ulang kali. maksimum 1000 kali cas. Masa tue kalau nak cas bateri kena tunggu 6 jam sekurang-kurangnya baru penuh. Guna satu set dan satu set lagi cas. Begitulah rutin seharian. Bateri yang diguna tue pun tahan la untuk sehari dua. Maklum la Aku nih pendengar Walkman paling hardcore pada zaman tue. Kalau beli bateri biasa, mau sudah jatuh bangkrap! Itu baru ada sebuah walkman..

Keperluan Setiap Gadget!



Lama juga selepas tue Aku tak bermain dengan gadget lagi.. itu pun sejak Walkman kesayangan hilang.. Rumah kena masuk maleng! Selepas tue bila masuk ke zaman Uniiversiti aku sudah gila PC pulak. Bila habis Uniiversiti dan bekerja, keinginan bergadget timbul semula dengan kehadiran handphone, iPod dan seterus digital camera.

Power Hunger


Gadget terutamanya digital camera memang power hunger. Tak sampai beberapa jam pakai berterusan, dah habis bateri! Untuk menyelesaikan masalah tue Aku beli GP PowerBank M520 Rechargeable Battery 2300mAh dengan 2 hours charger. Memang convenient la untuk Aku sekeluarga. Bila habis bateri, cas jer. Lagipun Nurin memang suka main dengan digital camera tue sebab tue kalau tak pakai Rechargeable Battery, memang tak larat la nak layan alkaline. Nak dijadikan cerita ntah macam mana pada satu majlis Rechargeable Battery tue boleh tertukar dengan salah seorang sepupu kami. Nak mintak balik tak pasti dah masuk kat kamera mana? Huhu.. burn la jawabnya.

Sanyo Eneloop
Add caption


Eneloop



Oleh kerana GP Rechargeable Battery 2300mAh tue dah hilang tak dapat dikesan, kenalah cari pengganti. Setelah melakukan beberapa survey di net dan beberapa web online shopping, terjumpa satu jenama yang sebelum ini Aku sendiri pun tak pernah dengar "Eneloop"! Sebenarnya Eneloop nih dihasilkan oleh Sanyo. Rechargeable Battery yang lain daripada kebiasaan. Itulah pendapat Aku pada Eneloop nih. Eneloop ini bukan sebarangan bateri. Walaupun ianya dikategorikan sebagai Rechargeable Battery, ianya masih mempunyai sifat seperti bateri alkaline biasa. Contohnya, Eneloop boleh terus digunakan pada gadgets tanpa dicas dahulu selepas dibeli dan perkara menarik tentang Eneloop ialah ia boleh menyimpan kuasa bateri setelah di cas, selama setahun. Bagi Rechargeable Battery yang biasa, kuasanya akan beransur-ansur hilang walaupun ia tidak digunakan selepas di cas.

ReCyko, Cycle Energy


Selepas lebih setahun menggunakkannya, Aku amat berpuas hati dengan prestasi Eneloop Rechargeable Battery. Tak dapat dinafikan memang membantu menjimatkan kos membeli bateri. Kebelakangan ini barulah nampak pengeluar lain cuba untuk memperkenalkan bateri keluaran mereka yang serupa dengan teknologi Eneloop. Contohnya GP memperkenalkan ReCyko, Sony dengan Cycle Energy dan lain-lain. Tak tau lah siapa tiru siapa..



Pengecas Pantas?



Bila dah dapat bateri yang bagus, kenalah cari charger yang pantas. Bergantung pada kelajuan mengecas, lagi pantas charger itu berfungsi maka semakin mahallah harganya. Walaupun Aku telah menggunakan Eneloop, Aku masih lagi menggunakan GP PowerBank M520 (2 hours) Charger. Cukuplah buat masa ini.. Mungkin kalau ada rezeki nak upgrade ke versi yang boleh full recharge 15 minit! Itu yang terpantas ada dipasaran sekarang ni.

Perlu Buat Sedikit Research


Membeli Rechargeable Batteries dan Charger bukan semudah yang disangkakan, kena buat sedikit research dulu dan menyesuaikannya dengan gadget yang ada. Persepsi yang mengatakan bahawa Rechargeable Batteries lambat untuk dicas sebenarnya tidak tepat. Jika kita memilih charger untuk prestasi tinggi (high end) tempoh mengecas ialah kurang dari sejam (Charger terpantas yang ada dipasaran ialah 15 minit). Jika memilih charger pertengahan (medium end), tempoh mengecas kurang dari 2 jam dan jika kita memilih normal charger (low end), tempoh mengecas ialah 6 jam. Kebanyakkan pengguna memilih normal charger di sebabkan faktor harga yang murah dan menganggap semua Rechargeable Batteries/Charger semuanya sama.
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment