BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Jun 2008

Nurin Amani - Sudah Dibenarkan Keluar Wad!

Nurin Amani Sudah Keluar Dari Wad
Nurin Amani Sudah Keluar Dari Wad

Azza dan baby di benarkan keluar dari wad pada 18/06/2008. Kami sampai di hospital pada waktu melawat tengahari dan Aku pun terus menguruskan pembayaran bil hospital.

Memandangkan hari itu terdapat ramai ibu-ibu yang akan discharged sama, pengurusan dokumen menjadi lambat sedikit. Setelah doktor siap menulis laporan, kami di berikan sedikit taklimat oleh ketua jururawat mengenai pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, dokumen-dokumen yang diperlukan dan prosedur yang perlu diikuti semasa membuat pendaftaran. Taklimat yang disampaikan itu sangat jelas dan amat membantu.

Terima kasih kepada semua kakitangan wad 1A di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana memberi layanan yang baik semasa Azza dan baby berada di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan