Cerita Tentang [
Facebook
]

Adakah Ini Tandanya Ketagihan Internet Dan Komputer?

Sejak kebelakangan ini Aku nih boleh dikatakan banyak menghabiskan masa dengan men "google", menulis blog, mengaktikan diri di Friendster dan Facebook, meng "update" template baru untuk blog dan membuat "photo editing"! Adakah ini tandanya ketagihan internet dan komputer? Haha mungkin kot :)
 Dah bertahun-tahun aku pulih dari ketagihan IRC tahun 1998 - 2000! Sekarang bila dah kembali aktif ber "blog" ketagihan tu kembali! Rasa macam dah balik semula ke tahun 1998!

Tetapi bila rasa macam nak kembali macam dulu-dulu, cepat-cepatlah Aku buat sesuatu agar semuanya sentiasa dalam kawalan.

Rasanya Aku jadi macam ni sebab Azza dan Anak-anak masih lagi di Seremban! Nanti bila diorang dah balik ke sini semula, kalau nak online pun kena minta kebenaran Nurin Iman :) Ahaha.. maklumlah share PC dengan anak!
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment