BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Julai 2008

Router "Kaput" & Kawasaki Ninja 250R

Dapat panggilan dari cawangan di Nusa Bestari memberitahu bahawa server tiba-tiba offline. Bergegas ke sana secepat mungkin dan tiba dalam pukul 1:30 tengahari. Dalam masa yang sama laporan telah pun di buat di Kuala Lumpur dan mereka telah mengarahkan seorang engineer untuk menggantikan peralatan yang di syaki rosak.

Huh..error mesej di Server!
Huh..error mesej di Server!

Router rosak akibat petir/lebihan elektrik statik terhadap 2 module di dalam router tersebut. Module ISDN dan Module Serial. Selepas mengganti kedua-dua modul dan load Router IOS, masalah itu telah berjaya di selesaikan. Alhamdulillah. Terima kasih pada Goh sebab bawa parts untuk router dan terpaksa skip lunch untuk settlekan problem tue.


Cisco 2600 Replacement Router
Cisco 2600 Replacement Router



Server/Router berjaya di "up"kan lebih kurang pukul 4:00 petang. Urusan di cawangan tersebut telah berjaya dipulihkan semula dan semuanya kembali normal. Semasa server down tadi segala urusan transaksi telah di ambil alih oleh cawangan Johor Bahru.





Balik dari branch Nusa Bestari, Aku mengajak seorang rakan singgah di New Chen Motor untuk melihat "The New Kawasaki Ninja 250R". Wahahahaa..memang cantik motor nih. Kalau ada rezeki nak beli la.. Harga RM19,888 kalau tak silap aku la. Menurut tokey kedai tue motor nih ialah best seller sekarang. Motor dalam gambar nih pun dah ada tuan punya.. dia letak down payment RM8,000.



Kawasaki Ninja 250R
Kawasaki Ninja 250R - Cantik Tak?




Kawasaki Ninja 250R - Cukup Cantik, Cukup Laju!
Kawasaki Ninja 250R - Cukup Cantik, Cukup Laju!



Masa minyak tengah mahal nih.. moto nih boleh jadik alternatif kepada kereta. Cukup cantik, cukup laju (buat Aku le) cuma duit Aku belum cukup aa.


Kawasaki Ninja 250R - Sexy Bike!
Kawasaki Ninja 250R - Sexy Bike!



1 ulasan:

  1. haaa beli laa motor tu... beli... nanti boleh aku jadik bohsia ko bonceng kat belakang... silap2 motor pun terdongak kalau aku dok belakang.

    BalasPadam