Cerita Tentang [
Jaguh
]

Modenas Jaguh 175 - Side Mirror Baharu!

Semalam selepas balik dari pejabat, singgah ke bengkel motor sebab membeli side mirror baru untuk Jaguh Aku. Side mirror yang baru ni agak pendek sedikit berbanding yang lama tetapi yang pentingnya ia tak menjejaskan pengelihatan.


Side Mirror Rosak Perlu Cepat Diganti!
Side Mirror Rosak Perlu Cepat Diganti!



Aku memang tak boleh menunggang motor tanpa ada side mirror. Memang rasa janggal dan tak selesa bila tidak dapat memerhatikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Tapi berlainan dengan rakan-rakan Aku dulu, bila motor keluar dari kedai (motor baru), perkara pertama yang diaorang akan tanggalkan ialah side mirror! Hmm.. buruk kot motor yang ada side mirror nih? Dia orang ni tak risau langsung pasal keselamatan!


Bahaya Menunggang Motorsikal Tanpa Side Mirror!
Bahaya Menunggang Motorsikal Tanpa Side Mirror!




Motor Aku dah kembali standard. Tak ada isu dengan pihak berkuasa. Motor kalau tak ada side mirror, tak pasal-pasal boleh kena saman dengan Polis dan JPJ.


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment