BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Julai 2008

Weekend @Seremban

Hujung minggu yang lepas Aku balik ke Seremban untuk melawat Azza dan anak-anak yang masih lagi di sana. Kali ini Aku memandu sendirian dari JB. Bertolak agak lewat kira-kira jam 11:00, malam Sabtu dan tiba di Seremban lebih kurang pukul 1:40 pagi.

Sebenarnya Aku nih dah terbiasa memandu malam. Arwah Emak dulu memang cukup risau kalau Aku sampai ke kampung awal pagi. Masa di UKM dulu memang dah terbiasa tidur lewat. Pukul 12:00 tengah malam, baru nak ke Medan Selera untuk makan malam bersama kawan-kawan. Selepas menghantar mereka balik ke Kamsis, tiba-tiba kalau terasa nak balik ke kampung dan kira-kira boleh lepas duit minyak dan tol, Aku akan terus balik ke Kluang pagi itu juga! Masa bujang dulu Aku memang macam tu. Alhamdulillah selama ini tiada insiden yang tak diingini berlaku.

Memandu malam atau awal pagi membuatkan Aku lebih fokus! Itu pendapat peribadi Aku. Sebenarnya kita akan lebih fokus apabila cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan tak kira perjalanan malam atau siang.

Petang Sabtu Aku ke Giant Senawang sebab nak membeli barangan keperluan rumah dan baby. Sambil itu Aku ambil sedikit masa untuk berjumpa kawan lama yang kebetulan bekerja di situ. Sejak Aku memulakan Projek Wachaaaaaaaaa, banyak maklumat yang Aku perolehi tentang kawan-kawan sekolah dan sekarang ialah masa untuk menjejaki mereka. Mana yang sempat dan berhampiran akan Aku mulakan dahulu. Oleh kerana Aku dah berada di Seremban, Aku terus menghubunginya. Masa di sekolah dulu beliau ialah junior tetapi semasa di UKM, kami satu batch! Aku lambat setahun masa masuk UKM sebab selepas habis POLISAS dulu Aku terus bekerja sebelum menyambung pengajian. Sebab itu bila di UKM, Aku sama batch dengan junior sekolah.

Rupa-rupanya kawan Aku nih dah lebih tujuh tahun bekerja di Giant Senawang! Aku tak tahu pun di Seremban ni ada kawan yang dah tersesat dan dah jadi orang Seremban nampaknya.


Minggu ini Nurin Amani akan ke klinik untuk first check up, jadi Aku tinggalkan kereta di kampung untuk memudahkan Azza ke klinik nanti. Balik ke JB nanti, macam biasalah.. naik Plusliner. Balik ke JB pada hari Isnin. Aku ambil cuti Isnin jadi Aku ada banyak masa untuk Azza dan anak-anak sepanjang minggu ni.

Dah dekat pukul 11:00 malam ni..Nurin Amani tak mahu tidur lagi!

Nurin Amani pun seolah-olah tahu Aku balik! Malam minggu yang lepas dia tak mahu tidur. Selalunya pukul 8:00 malam dia dah nyenyak tidur. Penat Azza mendodoikannya, akhirnya pukul satu pagi baru dia lelap. Tapi Aku puas sebab dapat bermain-main dengannya :)


2 ulasan: