BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Ogos 2008

Mykid Nurin Amani Sudah Siap

Dapat notis ambil Mykid Nurin Amani dah dekat seminggu. Akhirnya pada 25/08/08 mengagahkan diri untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Johor di Wisma Persekutuan. Daftar kelahiran di JPN Seremban, ambil Mykid di JPN Johor Bahru! Bagus sistem macam ni, tak menyusahkan. Nampak sistem di Jabatan Pendaftaran Negara sudah bertambah baik dan cekap berbanding dahulu. 


Jabatan Pendaftaran Negara - Amanah, Cekap Dan Mesra
Jabatan Pendaftaran Negara - Amanah, Cekap Dan Mesra

Sebenarnya Aku memang nostalgia setiap kali berkunjung ke JPN, maklumlah tahun 1994 selepas habis peperiksaan di Politeknik, Aku pernah berkhidmat di JPN Negeri Pahang sebagai kerani kontrak. Walaupun tak lama lebih kurang 4 bulan di sana, banyak yang Aku pelajari tentang dunia pekerjaan dan manusia. 

Semasa di sana Aku bertugas di kaunter serahan KPT. Macam-macam kerenah orang terpaksa dihadapi. Pada masa itu tiada sistem komputer, segalanya manual. Memang susah lah menyemak KPT samada dah siap ataupun belum. Kalau sekarang boleh check melalui sistem terus ke Putrajaya! 


JPN sudah semakin sistematik, tahniah!
JPN sudah semakin sistematik, tahniah!


Apa-apa pun JPN sudah semakin sistematik, tahniah! Banyak perkara telah di mudahkan. Sebagai pelanggan Aku puas hati dengan mutu perkhidmatan yang telah ditunjukkan. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan