BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

17 Ogos 2008

Modenas Jaguh 175 - Tayar Bocor!

Balik dari menderma darah terus ke pejabat semula.. berehat sebentar untuk memulihkan tenaga. Pukul 6 terus ke parking. Sebaik sahaja menghidupkan enjin motor, terasa handle motor nih berat sangat. Aiseh man, tayar depan pancit la pulak! patut la handle rasa berat.

Naik motor macam nih la, kalau nasib tak baik tayar pancit, tak pun cable clutch putus, tak pun cable minyak putus, macam-macam la. Apa-apa pun itu ialah asam garam bagi seorang biker tulen!


Tayar Bocor
Tayar Bocor

Nasib baik la tayar depan pakai Dunlop TT100, boleh juga dilanyak perlahan-lahan sehingga sampai ke bengkel motor yang berdekatan. Kalau pakai tayar cap lain tentu dah terpeleot.



Dunlop TT100
Dunlop TT100

Brader bengekel nih kerja memang pantas. Maklum la dah memang kerja dia. Tentulah dia expert dalam bidangnya.



Jaguh Yang Malang
Jaguh Yang Malang


Sambil menunggu proses menukar tiub depan motor Aku tue, terperasan pula kat dalam bengkel tue ada sebuah jaguh sebaya Jaguh Aku yang rosak teruk handle dan fork hadapannya.

Menurut pomen kat bengkel tue motor itu mengalami kerosakkan serius di bahagian fork hadapan dan perlu di buka semuanya untuk diperiksa komponen yang rosak. Aku mengesyaki yang motor tersebut tentu telah terlibat dalam kemalangan.



Jaguh - Kerosakkan serius di bahagian fork hadapan
Jaguh - Kerosakkan serius di bahagian fork hadapan

Apa-pun setelah 10 minit menunggu motor telah siap dan besedia untuk berkhidmat semula. Kos untuk menukar tiub RM12. Kira ok la tue daripada terpaksa menolak motor. Kali terakhir tayar motor bocor dalam bulan Mac yang lepas rasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan