BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 September 2008

Realiti Kehidupan #0 - Berkata Tidak Perlukan Keberanian

Kita akan menghadapi masalah jika tidak mampu berkata "tidak" . Itulah perkataan yang boleh manamatkan rasa bersalah dan menunjukkan yang kita ini sesorang yang boleh membuat keputusan. 

Berkata tidak memang agak sukar terutamanya terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan, tetapi lebih sukar jika kita tidak mengatakannya walaupun kita tidak bersetuju! 

Banyak perkara sebenarnya terjadi kerana pada mulanya kita tidak bersedia untuk berkata "tidak" kerana hendak menjaga hati atau mengambil jalan tengah untuk meredakan sesuatu perkara. 

Akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan pada awalnya kita ragu-ragu untuk mengatakan "tidak". 


Belajar berkata "tidak" pada perkara yang kita tidak suka atau tidak berkenan kerana ini akan menyelamatkan kita daripada terus terjebak, terjerat dan rasa bersalah. Lagipun keberanian untuk berkata "tidak" menunjukkan yang kita ini mempunyai pendirian yang teguh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan