Cerita Tentang [
Proton Satria
]

Proton Satria Gearbox Oil Cooling Hose

Sudah hampir 2 minggu saya terperasan ada kesan minyak di lantai. Rasanya datang dari Satria. Nampak tidak membimbangkan sebab amaunnya tidak banyak. Tapi kesan minyak itu datang dari bahagian hadapan enjin, di bawah radiator. Hmmm.. bila di selidiki memang ada kesan minyak meleleh dari hos menuju ke "gearbox". Sah lah memang hos tu yang dah bermasalah. Dah keras. Rasanya hos tersebut sebaya dengan usia Satria ni, dekat 10 tahun. Memang wajib di tukar!



Proton Satria Gearbox Oil Cooling Hose
Proton Satria Gearbox Oil Cooling Hose



Hari Sabtu yang lepas terus ke bengkel untuk memperbaiki kerosakkan itu. Susah juga nak tukar hos tu.. kalau tak ada kelengkapan dan alat-alat yang sesuai. Dekat sejam lebih juga baru siap. Pakai kereta lama memang macam ni la.. kena peka dan pantas. Kalau nampak ada sesuatu atau rasa tak sedap bila memandu, cepat-cepatlah ke bengkel. Kalau di biarkan tentu melarat.
Hos yang di ganti itu sebenarnya berfungsi untuk menyejukkan minyak "gearbox". Kalau hos tersebut bocor atau pecah confirm kereta tak boleh jalan sebab minyak gearbox panas! Kos untuk mengganti "Gearbox Oil Cooling Hose" tersebut ialah RM 95 termasuk upah.

Dah terlanjur di bengkel, terus minta mekanik periksa "Timing Belt". Kalau ikut mileage masih ada 30,000 km lagi. Sepatutnya kalau ikut jadual, pertengahan tahun hadapan baru nak tukar. Mekanik tu kata keadaan "Timing Belt" masih ok, cuma bearingnya dah tak berapa elok. Memang kena tukar awallah nampaknya. Tak perlu tunggu sampai pertengahan tahun hadapan. Mungkin bulan 12 nih dah boleh masuk bengkel untuk next project, tukar "Timing Belt"! Kena sedialah RM250 untuk "Timing Belt" MMC 100,000 km.

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment