BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 April 2008

April 29, 2008

Novatel Merlin U530 - Firmware Upgrade

Untuk akses internet di rumah, Aku gunakan Celcom Wireless Broadband. Aku melanggan pakej yang paling murah D68. RM68 sebulan! Kelajuan pakej tersebut ialah maksimum muaturun download adalah 384kpbs dan muatnaik upload maksimum 64kpbs. Perlahan? memang pun.. tapi apa boleh buat dah belanjawan bulanan memang "tight" dan itu pun yang Aku mampu buat masa ini. Lebih baik ada daripada tiada langsung.. Cuma kalau ada rezeki nanti mungkin nak "upgrade" ke pakej D98, HSDPA.


Novatel Merlin U530
Novatel Merlin U530

27 April 2008

April 27, 2008

Root Beer... + float

Root Beer... + float
Root Beer... + float
Kami ke A&W selepas balik dari Giant. Dari semalam dah merancang nak ke sana sebab dah lama tak pergi. Inilah kali pertama dalam tahun 2008 ke A&W! Root beer + float memang best.. No need to say more :)

25 April 2008

April 25, 2008

Modenas Jaguh 175 - Starter Meragam!

Pagi nih motor "Jaguh" kesayangan Aku buat hal pulak.. tak nak hidup! Bila tekan starter keluar bunyi "tik!" "tik!"... Aiks kenapa pulak tiba-tiba dia meragam. Selalu OK aje. Rasanya bateri masih elok sebab baru sebulan lepas Aku periksa keadaannya.




Untuk mengesahkannya, Aku pun buka kawasan "electrical compartment" kat tepi sebelah kanan motor dan keluarkan bateri. "Confirm" bateri masih ok. Kemudian Aku pun periksa wiring, ketatkan apa yang patut. Nampaknya semua ok.



Bateri nih masih ok lagi
Bateri nih masih ok lagi

Bila dah puas hati Aku pasang balik semuanya.. Kalau bateri Ok, wiring pun OK, cuma satu bahagian yang belum diperiksa, "Starter"! Berdasarkan pengalaman lepas, starter pun boleh ada masalah, bila carbon dia habis. Aku memang agak pasti yang carbon starter tue dah habis kerana sejak motor nih di beli, memang tak pernah diganti lagi. Motor nih tahun 1999. Dah dekat nak masuk 9 tahun dah pun.






Kena cari kedai motor yang terhapir dengan rumah lah nampaknya. Motor nih memang tak de "kick starter"! Bila electric starter dia ada masalah, nampaknya kena tolak lah motor nih sampai hidup. Nasib baik rumah aku nih kira kawasan bukit, tak perlu banyak tenaga nak tolak. Cuma masukkan gear 2, kemudian terus lepaskan klac.. "Brooommm"




Jaguh Masuk Bengkel!
Jaguh Masuk Bengkel!


Sampai di kedai motor, terus jumpa "pomen" kat situ dan terangkan apa masalah motor Aku nih. Seperti yang dijangka "pomen" tue pun syak "starter" ada masalah. Ok.. kalau macam tue terus lah buka starter dan periksa keadaannya.



Starter dah berjaya di keluarkan..
Starter dah berjaya di keluarkan..


Bila starter telah berjaya dikeluarkan dari enjin, "pomen" tue pun terus buka komponen starter. Bila satu-satu komponen starter di periksa..hehe..maka sahlah.. carbon starter dah habis!! Fuhh lega.. Aku memmag berharap sangat kerosakkannya tak teruk. Kalau tak, banyak duit jugak kalau nak ditukar baru.



Starter Yang Sudah Dibuka!
Starter Yang Sudah Dibuka!



Carbon stater tue cuma RM38 aje.. Tapi bila tengok pomen nih kerja bagus dan cekap, Aku pun cakap kat dia, yang aku nak tukar "Sprocket" dan rantai set lengkap. Nanti nak kena tukar juga, dah alang-alang buat sekali gus. Boleh jimat "workmanship"!


Carbon starter sudah habis!
Carbon starter sudah habis!



Hari nih terbang RM128! Tapi Aku bersyukur la yang motor dah sihat kembali. Pasal insiden pagi nih.. tak pasal-pasal Aku terpaksa ambil  Emergency Leave pagi. Masuk pejabat tengahari..



07 April 2008

April 07, 2008

PC Fair Datang Lagi!



Hari Ahad yang lepas kami ke PC Fair! Pertama kali ke Persada Johor. Perjalanan yang pada mulanya lancar tetapi apabila hampir sampai ke Persada..nahhh banyaknya kenderaan! Semua orang ke PC Fair ke? Nak beli LCD pada mulanya tetapi bila tengok harga..tak ada yang istimewa aa. Macam normal price aje!