Bonuslink - Redeem A Bag!

Bonuslink - Gift & Redemption
Bonuslink - Gift & Redemption


Kebetulan masa tue memang nak beli beg. Ingat bila gaji masuk ari tue nak pegi beli la kat Angsana atau Jusco. Nak carik beg untuk isi pakaian baby :) yang bakal lahir akhir bulan 6 nanti.

Terlupa pulak yang points kat bonuslink dah ada agak banyak.. 5800 points banyak ke? Tak de la banyak sangat tapi di sebabkan "Points Knockdown" dapatlah redeem beg tue. Alhamdulillah.. Budget untuk beli beg tue dah boleh allocate kat benda lain!

0 comments:

Rechargeable Battery?


eneloop Keseronokan bergadget akan terhenti bila kehabisan kuasa.. habis bateri huhu..

Nyawa setiap gadget seperti handphone, ipod, digital camera dan sebagainya ialah bateri. Power packs (Bateri) yang terbaik adalah bekalan yang amat perlu bagi seorang yang serious dengan gadget.



0 comments:

Segamat Trip - Part 2

Sampai di Hutan Lipur Sungai Batang, Bekok dah agak lewat.. kira-kira jam 5:00 petang. Bila sampai di sana kebanyakkan pengunjung sudah mahu pulang! Maklumlah tadi pengantin lambat tiba tadi.. pukul 3:30 baru di kompang.



Apa-apa pun kami telah selamat sampai di sana, walaupun dalam perjalanan tadi hujan, Alhamdulillah apabila sampai di sana keadaan cuacanya cerah. Hilang rasa penat memandu bila melihat pemandangan yang indah dan tenang di situ.



Nurin mula-mula takut nak mandi.... bila dah masuk ke dalam air, dia dah tak mahu naik lagi.


0 comments:

Segamat Trip - Part 1

Hari Ahad yang lepas kami sekeluarga telah ke Felda Pemanis 2, Segamat (Rumah Mak Uda) kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anaknya. Bertolak dari Kluang lebih kurang pukul 10:00 pagi dan tiba di sana lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Perjalanan ke Segamat memang agak panjang kerana menggunakkan jalan lama. Err mana ada highway nak ke Segamat dari Kluang :) Ini adalah pertama kali kami sekeluarga ke sana sejak berkahwin.

Muka orang baru bangun tidur!

Cuaca kat sana memang amat panas.. Tapi kat sana macam-macam warna air ada :) This is the best part la! Siap ada gerai air kat situ. Rasa macam ada kat pasar malam la pulak. Hahaha..memang best. Banyak-banyak majlis yang kami dah pegi.. yang ini ada kelainannya.


Air, macm-macam kaler ada..

Selalu masa majlis perkahwianan macam nihh.. dapat minum air sirap aje..



Nurin dah mula nak panas.


Airel & Atuk


Cakkkkkkkkkk!


Semasa menunggu pengantin lelaki tiba, sedikit perbincangan telah berlangsung mengenai aktiviti selepas majlis ini nanti.. Memandangkan cuaca amat panas Cik Ayem & Cik Amin telah mencadangkan supaya dalam perjalanan balik nanti, kita boleh singgah di Bekok, Hutan Lipur Sungai Batang. Memang dah lama tak buat outing bersama keluarga.. sementara ada masa nih bolehlah join sama.. Lagipun esaok masih lagi cuti hari Wesak! Nurin tentu seronok pegi mandi manda bersama sepupu dan pakcik & makciknya..

Untuk kedua pengantin ini "Selamat Pengantin Baru!" Semoga kekal sehingga akhir hayat. Selepas ini Hutan Lipur Sungai Batang!

0 comments:

Blog & Forum Maintenence

Sepanjang minggu lepas ada Aku telah mengemaskini blog Projek Wachaaaaaaaaa® dan Forum XSMVPJB/SMTPJB. Aku telah periksa semula layout dan buang beberapa script yang melambatkan "page loading" untuk blog tersebut. Hasilnya kini blog tersebut lebih smooth dan lebih cepat semasa loading.

Mengenai forum pula, memang dah lama tak buat apa-apa, projek tersebut seolah-olah sudah terbengkalai. Mungkin kerana kurang promosi. Tetapi bila melihat sepanjang bulai Mei ini ada beberapa user baru yang register di forum tersebut, semangat untuk "revive" kembali projek tersebut telah kembali :)

0 comments:

Sun Ultra Enterprise 3000 - Secara Rasmi Ditamatkan Perkhidmatannya

Hari secara rasminya Sun Ultra Enterprise 3000 di tamatkan perkhidmatannya. Sepanjang 10 tahun berkhidmat tanpa banyak masalah, dah tiba masanya untuk berehat selama-lamanya. Tepat pada pukul 10:45 pagi, Aku tutup suis utama untuk server tersebut. Banyak kenangan sepanjang bekerja bersama server nih, semenjak tahun 2000 sehingga 2008.

Sun Ultra Enterprise 3000

Server nih sudah berada di pejabat  ini sebelum Aku masuk bekerja di sini. Oleh kerana server ini diselenggara oleh pihak CSA Malaysia, Aku tidak pernah risau kalau ada masalah pada perkakasan dan perisiannya. Kalau ada masalah, cuma perlu melaporkannya dan bantuan akan segera sampai! Cuma masa untuk menunggu "part replacement" membuat Aku terpaksa tidur di pejabat! 24 hours service.. part replacement biasanya dibawa dari KL atau Singapura. Perisian memang amat jarang bermasalah, cuma, perkakasan seperti Backup Tape Drive (DDS3) nih kerap bermasalah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.


Sun Ultra Enterprise 3000

Kalau diikutkan standard server masa kini, sudah pasti server ini diketegorikan sebagai terlalu usang! Processornya cuma 200Mhz, RAM 512MB, HardDisk 2GB X 2. Ada 4 External Hard disk setiap satunya berkapsiti 2GB. Apa-apa pun itu teknologi 10 tahun dahulu.


Sun External HDD

Masa mula-mula bekerja di sini, Aku memang tiada idea langsung tentang Sun Microsystems dan perkakasan server ini. Maklumlah sebelum ini hanya terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaran PC dan LAN sahaja. Bila ada masalah dengan Sun server, punyalah panik! Tapi lama kelamaan apabila sudah terbiasa, rasa seronok pula sebab dapat mempelajari satu perkara baharu.


larion Hard Disk Drive Array


Clarion Hard Disk Drive nih cukup besar.. Kapasiti HDD cuma 2GB setiap satu X 6 unit. Teknologi 10 tahun duhulu. Sekarang nih Thumb Drive pun sudah ada yang berkapsiti 8GB! Sekarang ini bebanan tugas Sun Ultra Enterprise 3000 ini telah pun diambil alih oleh Sun Fire V445. Server yang lebih pantas tetapi dengan saiz paling kecil cuma 4U (Lebih kurang saiz 4 buah router/switch) Kalau dahulu untuk melakukan proses backup memakan masa lebih kurang 10 minit, sekarang cuma 1 minit diperlukan. Untuk membuat proses end of day, Ultra Enterprise 3000 akan mengambil masa 15 hingga 20 minit. Sun Fire V445 melakukannya dalam masa kurang daripada 5 minit! Sekarang Aku punya operator tak boleh lagi la nak kelentong Boss, kata server slow! :D

0 comments:

Wonder Pets Versi Nurin

0 comments:

Genetically Modified

Krisis makanan dunia nampaknya seakan meruncing kebelakangan ini. Harga makanan secara umumnya telah meningkat naik secara drastik. Kalau dahulu masalah tidak makanan sering dikaitkan dengan kemiskinan, nampaknya sekarang ini, masalah tidak cukup makanan tidak lagi boleh dikaitkan dengan kemiskinan sahaja.

0 comments:

Sun Fire V445 Sudah Sampai..

Server yang di tunggu sudah sampai mengikut jadual. Minggu nih nampaknya banyak la kerja. Semalam dah test power up server nih. Agak bising lah bunyi dia. Mungkin lepas nih kalau nak ker server room aku kena pakai "ear plug" aa..


Sun Fire V445




Installation server dijangka selesai selama 3 hari. Hari pertama (Khamis) Check server (hardware)/accessories, kemudian power up dan adjust configuration. The next day (Jumaat) buat database migration dan test conectivity. The third day (Sabtu).."Mock Run"!


Finally, managed to power up the machines. Masih ada masalah dengan DVI connection ke LCD. Walaupun server nih ada DVI connector, masih tak boleh digunakan. TAk tahu la kenapa. Terpaksalah downgrade ke VGA. Masalah yang serupa pada model V240/V245.


Sun Microsystems 17" LCD

The New Log in Screen
Next, nak migrate database...

0 comments:

Beras Naik Harga!!!




Seperti kebiasaannya, Kami pergi berbelanja di Giant semalam. Kami akan ke sana seminggu sekali. Dalam masa sebulan nih, harga beras memang menjadi perhatian utama apabila pergi berbelanja. Trend peningkata harga sebenarnya telah pun Kami sedari sejak akhir bulan 3 yang lepas.

Biasanya Kami membeli beras dalam beg 5kg untuk keperluan lebih kurang 3 minggu. Kali terakhir membeli.. adalah pada harga RM13.89 pada awal bulan 4 yang lalu. Malam tadi terasa rajin pulak, belek resit shopping lama.. tarikh 23/03/2008 - untuk Kod Produk 1195694 (Jasmine Super Rice) harga untuk 5kg beras ialah RM9.89.

0 comments:

Baby Dah Sampai Rumah Atuk

Baby dan ibunya discharged dari wad semalam (Ahad, 04/05/2008). Surprised juga sebab hari Ahad ada Doktor bertugas di Wad. Rasanya kalau dulu-dulu masuk Hospital. Gomen.. kalau masuk wad, lepas tue dah pulih..kena pulak hari Sabtu atau Ahad, terpaksa tunggu hingga hari Isnin baru boleh keluar wad sebab Doktor takde Hari Ahad!

Baby dah sampai rumah atuk!

Itu dulu-dulu kot.. sekarang Hospital Gomen dah improved banyak... :D

0 comments:

Nurin dapat Sepupu Baru..

Kami sekeluarga datang melawat pada 03/05/2008 di Wad Bersalin, Hospital Kluang. Sampai di Hospital lebih kurang pukul 6:45 petang, masih ada 15 minit sebelum tamat waktu melawat. 

Alhamdulillah baby dan ibunya sihat. Lahir pagi tue lebih kurang pukul 7:55am, berat 2.7kg.


Nurin dapat seorang lagi sepupu perempuan, Aku dapat sorang lagi Anak Saudara dan Atuk dapat Seorang lagi Cucu :)

0 comments:

Selamat Tinggal Teknologi 10 Base, Selamat Datang Teknologi Gigabit!

Teknologi 10 base network, untuk tahun 2008? Macam tak percaya! Apa-apa pun semua ini akan berubah hari ini bila peralatan yang baru tiba tadi akan di pasang malam nanti! Akhirnya peralatan yang dipesan tahun lepas telah tiba. Ini merupakan fasa pertama dalam proses menaik taraf sistem pengkomputeran dan rangkaian di tempat Aku bekerja. Minggu hadapan Server baru akan tiba :)

Peralatan network yang ada sekarang ini telah pun digunakan sejak tahun1997! Maknanya dah hampir 11 tahun ianya digunakan dan telah pun di pasang sebelum Aku mula bekerja di sini. Terbukti peralatan tesebut sangat stabil dan tahan lama. Switch yang digunakan ialah dari jenis SynOptics LattisHub 2803 16 port, Made In USA. Frankly, I will miss this switches.. the realibility!


3Com SuperStack 3
3Com SuperStack 3

Selamat datang 3Com SuperStack 3 Switch 4200, 26 & 28 port..but Made in China lah :) Sekarang ini "Cisco" pun dah dikeluarkan di China.. inikan pula jenama-jenama cap ayam yang lain. Tak kisah lah..janji boleh support gigabit!

3Com SuperStack 3
3Com SuperStack 3




14 Unit semuanya.. Server side 5 unit dan setiap segment 2 unit. 1 unit spare. Kami memulakan kerja-kerja mengenal pasti switch & connection yang hendak ditukar tepat pukul 5 petang. Setelah siap mengenal pasti switch yang hendak di tukar untuk setiap tingkat (Office ada 2 tingkat.. 6 dan 7) kami pun mengambil keputusan untuk memulakan kerja pada pukul 8 malam iaitu selepas membuat "backup" pada server dan selepas selesai proses "end of day" untuk "back office systems".


SynOptics in action, buat kali terakhir..
SynOptics in action, buat kali terakhir..




Installing the new switch....
Installing the new switch....




Tracing cable underneath raised floor
Tracing cable underneath raised floor




New switches ready for action..
New switches ready for action..




Selepas selesai memasang semua switch tersebut, kami pun memulakan proses menguji network. Mulakan dengan proses "ping" ke point setiap IP/Segment/Router. Kemudian kami menguji proses "sign on" di setiap terminal pada setiap segmen. Alhamdulillah..proses tersebut semuanya berjaya! Tepat pukul 11:30 malam semuanya telah selesai.

Minggu depan fasa kedua projek menggantikan server akan di mulakan..

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™