BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

29 Jun 2008

Jun 29, 2008

My Mum's Nasi Lemak Telur

Sarapan yang sempurna untuk memulakan hari Ahad. Hehe.. selalunya hari Ahad nih ialah hari menonton tv dan surf internet secara marathon, dari pagi sampai malam :) kalau tak ke mana-mana la.


My Mum's Nasi Lemak Telur
My Mum's Nasi Lemak Telur



Pagi tadi ke Caltex belakang rumah nih. Tujuan asal ke Caltex tue sebenarnya nak beli diet Coke. Tetiba ternampak plak nasi lemak nih atas shelf. RM1.60 sebungkus. Nampak macam best jer dan beli la satu.

My Mum's Nasi Lemak Telur
My Mum's Nasi Lemak Telur di Caltex




Err kalau makan nasi lemak pada jam 3:00 am dan diet Coke kira breakfast ke? Breakfast la kot sebab dah pagi :) huhu..

28 Jun 2008

Jun 28, 2008

Hari Sabtu Yang Padat

Hari yang penuh dengan aktiviti, huhu. Pagi ke Majlis Perjumpaan Alumni di sekolah. Memang memenatkan tapi seronok ketika di sekolah kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan senior dan junior serta guru-guru. Alhamdulillah segala aktiviti yang di rancang untuk memformalkan aktiviti alumni berada di landasan yang betul. Satu initiatif yang agak menarik bagi PIBG, pengurusan sekolah dan bekas pelajar kerana berusaha menjadikan perjumpaan ini menjadi kenyataan.


Class of 85 and 86
Class of 85 and 86



Menarik mengenai Class of 85 and 86 nih sebenarnya Aku jumpa mereka di internet, well melalui Projek Wachaaaaaaaaa® yang Aku buat tue. Peluang hari memang Aku takkan lepaskan untuk berjumpa mereka terutamanya Bro Zali. Setelah berbalas-balas mesej di blog dan YM akhirnya berjaya juga memujuk mereka supaya menyertai projek alumni nih. Tentulah sebab mereka ini ialah dari batch pertama dan kedua sekolah ini. Majlis takkan meriah tanpa mereka :)

Sayangnya Aku terpaksa balik awal tengahari tu sebab Abah akan datang dari Kluang untuk menghantar adik mendaftar di Kolej Islam Johor di Larkin. Sebenarnya Aku pun tak pasti kolej tu di mana, cuma agak-agak aje berdasarkan peta yang di sertakan tak jauh dari rumah Aku nih. Setelah tiba di kolej itu, kami terus mencari pejabat pendaftar untuk melapor diri dan mendaftarkan Adik ke situ. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar.



Pejabat Pendaftar Kolej Islam Johor
Pejabat Pendaftar Kolej Islam Johor



Selesai mendaftar di kolej, kami terus ke asrama penginpan KYPJ yang terletak tidak jauh dari kolej. Pendaftaran di asrama penginapan juga berjalan dengan lancar. Setelah mendapat kunci dan memindahkan barang dari kereta ke bilik, kami pun keluar untuk makan tengahari yang lewat. Err makan tegahari pada pukuil 4 petang! Maklumlah Aku bujang sekarng nih, masa Abah tiba di rumah tadi pun Aku dah pesan dengan Abah yang kita akan makan tengahari di luar.


Pejabat asrama
Pejabat asrama


Bangunan asrama
Bangunan asrama


Keluar dari asrama terus ke Plaza Larkin untuk makan. Setibanya di sana kami terus ke gerai makan. Kami sekeluarga memang dah lapar! Kami memesan makanan yang paling cepat di sediakan, Nasi Ayam!



Nasi Ayam.....
Nasi Ayam.....



Alia datang JB tapi Nurin Iman dah balik Seremban lah.
Alia datang JB tapi Nurin Iman dah balik Seremban lah.

.
Jun 28, 2008

Makan Malam Di Mamak Lagi!

Ahaha.. makan malam kat mamak lagi :) Sebenarnya dah tak tau nak makan apa.. perut dah lapar, nak sesuatu yang cepat! Mana lagi, mamak la. Hari ini makan yang simple. Order Nasi goreng mamak + ayam huhu. Teh O ais limau.


Teh O ais limau
Teh O ais limau

Trademark Restoran Mamak - Mesti Ada Pisang Atas Meja!
Trademark Restoran Mamak - Mesti Ada Pisang Atas Meja!


Nasi goreng mamak + ayam
Nasi goreng mamak + ayam

22 Jun 2008

Jun 22, 2008

Nurin Amani - Sudah Dibenarkan Keluar Wad!

Nurin Amani Sudah Keluar Dari Wad
Nurin Amani Sudah Keluar Dari Wad

Azza dan baby di benarkan keluar dari wad pada 18/06/2008. Kami sampai di hospital pada waktu melawat tengahari dan Aku pun terus menguruskan pembayaran bil hospital.

Memandangkan hari itu terdapat ramai ibu-ibu yang akan discharged sama, pengurusan dokumen menjadi lambat sedikit. Setelah doktor siap menulis laporan, kami di berikan sedikit taklimat oleh ketua jururawat mengenai pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, dokumen-dokumen yang diperlukan dan prosedur yang perlu diikuti semasa membuat pendaftaran. Taklimat yang disampaikan itu sangat jelas dan amat membantu.

Terima kasih kepada semua kakitangan wad 1A di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana memberi layanan yang baik semasa Azza dan baby berada di sana.

20 Jun 2008

Jun 20, 2008

Pengalaman Menemani Isteri Bersalin

Alhamdulillah Nurin Amani selamat di lahirkan pada 17/06/2008, awal 2 minggu dari due date. Rasanya dia dah tak sabar nak melihat dunia. Anyway Aku amat bersyukur sebab kedua-duanya sihat. Memang agak terkejut juga pada mulanya apabila menerima panggilan daripada Azza mengatakan yang dia dah terasa sakit malam tue (Isnin, 16/06/08). Aku pun terus ke Terminal Bas Larkin untuk mendapatkan tiket untuk balik ke Seremban malam itu juga. Nasib nampaknya menyebelahi Aku, dapat tiket dari kaunter Plusliner untuk perjalanan jam 9:30 malam. Alhamdulillah.

Sampai di Seremban lebih kurang pukul 1:00 pagi. Nazri, Emak, Azza dan Nurin datang menjemput Aku di Terminal One. Aku ingatkan Azza dah ada di hospital, rupa-rupanya dia tunggu Aku sampai dari JB! (Kalau ikutkan perancangan yang telah pun dibuat, sebaik sahaja Azza merasa sakit, Abang ipar kami akan diminta untuk menghantar Azza ke hospital). Kami terus ke Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Azza di daftarkan masuk ke wad lebih kurang pukul 1:40 pagi.


Nurin Iman Kena Balik, Emak Nak Masuk Wad
Nurin Iman Kena Balik, Emak Nak Masuk Wad

Tengahari itu Aku dan Emak melawat Azza dan bawakan dia masakan dari rumah. Masakan hospital mana best hehe. Menurut Doktor, Azza dijangka bersalin malam nanti. Hmmm.. Harap-harap sempatlah nak ke hospital malam nanti. 

7:45 malam, Azza telefon rumah emak mengatakan yang dia akan dipindahkan ke "labour room". Kali ini Aku bertekad untuk sampai ke hospital secepat mungkin. Sampai di hospital dalam pukul 8:30 malam dan Aku terus ke labour room. Menunggu hampir sejam setengah namun tiada apa-apa berita. Kemudian keluar seorang Doktor pelatih memanggil nama Aku. Aku pun tanpa melengahkan diri terus mengikutinya masuk ke labour room. Hospital Seremban memang sudah diiktiraf sebagai hospital mesra bapa sejak 1999. Ini bermaksud bahawa suami boleh menemani isteri semasa proses kelahiran.

"Awak nak temankan isteri masa bersalin nanti? "
"Kalau setuju sila baca borang ini dan tandatangan di bawah"

"Err Saya Ok.. nak masuk temankan isteri"
 
"Ramai orang cakap dia ok..tapi bila nampak darah dia pengsan"

"Insyallah saya ok"

Bila dah isi serta menandatangani borang dan mendapat pelepasan untuk menemani isteri sewaktu bersalin, Aku terus di arahkan ke bilik no 2. Memang kesian tengok isteri yang sedang sakit nak bersalin.. tak dapat nak digambarkan. Azza tak lekang beristifar sepanjang waktu semasa berada di labour room. 

Aku menemai Azza dari mula sehingga selesai proses kelahiran. Memang ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup. Peluang seperti ini sepatutnya mesti diambil oleh semua bapa! Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan. Alhamdulillah!


Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan.
Tempat jam 10:36 malam, Nurin Amani selamat dilahirkan.


Pukul 12:45 malam Azza dan baby telah pun di pindahkan semula ke wad. Setelah mereka berdua di pindahkan di wad barulah Aku berpeluang untuk mendukung Amani buat kali pertama dan mengazankannya. Azza kelihatan gembira dengan kehadiran baby baru kami.

Pagi itu doktor mengesahkan Azza dan baby sihat. Tengahari nanti baby dan emaknya dah boleh keluar wad. Tak sabar nak tunggu orang baru balik ke rumah!



15 Jun 2008

Jun 15, 2008

Bukan Kebiasaan Makan Seorang Diri!

Dah hampir seminggu Azza dan Nurin Iman berada di Seremban. Memang malas nak masak kalau dah tinggal seorang di rumah. Sepanjang minggu ni dah 2 tiga kali Aku ke mamak untuk makan malam. Kalau tak ke mamak makan maggi jer la kat rumah. Lagipun tak berbalaoi kalau masak untuk makan sorang huhu.

Roti Nan
Roti Nan

Hari ini Aku order Roti Nan dan Ayam Tandoori. Kira ok la sebab dah tak tau nak makan apa sebenarnya. Nampak macam best jer.. Aku pun order la. Selalunya kalau ke mamak, Aku suka makan mee goreng.

Ayam Tandoori
Ayam Tandoori


Sebenarnya Aku tak suka pergi makan sorang-sorang kat mana-mana restoran pun. Sekarang nih kira darurat la.. terpaksa pegi jugak.

14 Jun 2008

Jun 14, 2008

Nurin Iman - 4 Tahun

Semalam (13/06/2008) birthday Nurin. Sekarang nih dah genap usia Nurin 4 tahun. Sedih sebab Aku tak dapat celebrate sama sebab masih di Johor Bahru. Rancang nak balik Seremban pada minggu hadapan.

Abah minta maaf pada Nurin sebab tak dapat celebrate sama ur birthday.. but I'm sure Azza mesti ambil banyak gambar, so that I don't feel like missed anything. Happy birthday Nurin Iman!

Nurin Iman - 4 Tahun
Nurin Iman - 4 Tahun

Happy birthday Nurin Iman!
Happy birthday Nurin Iman!

Semoga Jadi Anak Yang Baik!
Semoga Jadi Anak Yang Baik!

Gembira Bersama Sepupu-sepupunya
Gembira Bersama Sepupu-sepupunya

11 Jun 2008

Jun 11, 2008

Plusliner - Dari Seremban Ke Johor Bahru

Sudah lama Aku tidak menaiki bas eksres. Rasanya sudah lebih daripada setahun. Dari dahulu kalau hendak ke Seremban dari Johor Bahru atau perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru, Aku akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres Plusliner. Kalau sudah sah tiada tiket dari Plusliner barulah Aku menggunakan perhidmatan bas ekspres Transnasional.


Mengapa Aku memilih Plusliner?



Plusliner tidak berhenti lama untuk makan dan apabila berhenti bas ini takkan keluar dari lebuh raya Plus. Jadi perjalanan akan menjadi lebih cepat. Berbanding dengan Transnasional yang sudah tentu akan berhenti di Machap - Restoran Maju, walaupun Machap hanya sejam lagi ke Johor Bahru!


Tiket Plusliner
Tiket Plusliner


Jangan Beli tiket Dengan Ulat!



Sepanjang menggunakan perkidmatan pengangkutan awam Aku memang tidak pernah membeli tiket dari ulat. Memang seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri daripada berurusan dengan ulat. Yang pastinya jika membeli dari ulat,  harga tentunya cekik darah dan bas juga tentunya tidak akan mengikut jadual.


Rancang Dahulu Perjalanan



Kalau boleh rancanglah perjalanan terlebih dahulu. Penumpang yang selalu terkena ini biasanya memang jenis yang tidak merancang awal perjalanan mereka. Hari itu nak balik kampung baru sibuk hendak mencari tiket. Ulat memang sukakan penumpang jenis ini.. mudah untuk dimanipulasi sebab mereka terdesak!

Update terkini: 29/08/2014

Sekarang lebih mudah kerana Plusliner sudah ada Sistem Pembelian Tiket Secara Dalam Talian (ticket4u). Penumpang boleh membeli tiket bus Plusliner melalui halaman web ini [Link].  Tiket juga sudah naik harga. Kalau dahulu (2008) harganya cuma RM19.80, sekarang sudah RM28.40!

Jadual Perjalanan Bas Plusliner Dari Seremban Ke Johor Bahru
Jadual Perjalanan Bas Plusliner Dari Seremban Ke Johor Bahru




Terminal 1 Lebih Tenang



Daripada pemerhatian, di Terminal 1 ini agak berbeza dengan Terminal Bas Larkin atau Puduraya. Di Terminal 1 boleh di katakan masalah ulat tidak wujud. Kalau di Johor Bahru atau Puduraya sudah tentu sebelum ke kaunter tiket kita sudah kena diasak dengan ulat yang bertanyakan destinasi dan  seolah-olah memaksa. Memang merimaskan!


Trademark Terminal One - Muka Bas di Dinding
Trademark Terminal One - Muka Bas di Dinding


Di sini suasananya tenang, semuanya nampak teratur dan terurus. Mungkin inilah perbezaan antara bandar dan bandaraya. Bandaraya memang sentiasa penuh dengan hiruk piruk dan golongan oportunis!



Biar Tiba Awal


Sampai di Terminal 1 lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Bas akan bertolak pada pukul 1:30 petang. Aku  tiba awal sejam. Aku memang tak suka terkejar-kejar. Biar tiba awal, baru rasa selesa dan tak kelam kabut. 




Bas Ke Johor Bahru
Bas Ke Johor Bahru


Pakai Tali Pinggang Keledar



Selepas membeli tiket tempohari baru terperasan yang Aku perlu duduk di kerusi paling hadapan "FD". Seram juga rasanya. Selalunya ketika Aku membeli tiket bas, Aku akan minta kerusi dibahagian tengah. Mungkin sebab sudah lama tidak menaiki bas, terlupa hendak minta kerusi dibahagian tengah. Mujur juga pada kerusi bahagian hadapan dilengkapi dengan tali pinggang keledar. Tenteram sedikit rasa hati.


Pakai Tali Pinggang Keledar!
Pakai Tali Pinggang Keledar!

 


4 Jam Ke Johor Bahru



Perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan pemandu ini memandu dengan kadar kelajuan yang amat konsisten. 


Terasa seolah-olah Aku yang memandu bas itu!
Terasa seolah-olah Aku yang memandu bas itu! 


Duduk dikerusi hadapan memang membuat Aku tidak boleh tidur langsung. Mencuba-cuba juga hendak tidur, ternyata memang tidak boleh. Terasa seolah-olah Aku yang memandu bas itu!  Alhamdulillah. Akhirnya, Aku selamat tiba di rumah tepat pukul 5:30 petang.


10 Jun 2008

Jun 10, 2008

Balik Seremban - Minyak Mahal!


Hari Sabtu yang lepas kami balik Seremban. Ini merupakan perjalanan jauh kami yang pertama semenjak harga minyak naik. Sudah pastilah kos untuk balik ke Seremban meningkat agak tinggi. Anyway malas lah nak komen pasal isu minyak naik nih.

Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Selepas mengisi minyak sebanyak 26 liter (Sekarang nih kalau sebut dalam jumlah RM memang menyakitkan hati) dan makan tengahari di KFC Tun Aminah kami memulakan perjalanan ke Seremban. Tetapi sebelum itu kami akan singgah di kampung (Kluang) memandangkan Azza dan Nurin akan berada lama di Seremban. Nanti Nurin tak dapat jumpa Atuk (Kluang) sehingga akhir bulan 8!




Sampai di kampung (Kluang) lebih kurang pukul 3:20 petang. Atuk Nurin baru baik demam! Berborak-borak dengan Atuk sampai pukul 5 lebih. Kami kembali menyambung perjalanan ke Seremban dalam pukul 5:30 petang dan kemudainnya merancang untuk berhenti rehat dan maghrib di perhentian Air Keroh.




Sepanjang perjalanan Aku memastikan kelajuan tak melebihi 100 km/h. Al maklumlah minyak mahal sekarang nih tak boleh bawa laju-laju :) Lagipun sepanjang perjalanan hujan gerimis. Nampaknya hujan memang rata, dari Johor hingga ke Melaka. Kami tiba di Perhentian Air Keroh (R&R) dalam pukul 7:30 malam. Memang sedang elok untuk berehat, makan dan solat maghrib.





Kami menyambung semula perjalanan ke Seremban lebih kurang pukul 8:10 malam. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, kami menerima panggilan telefon daripada "induk". Dia memberitahu kami beritahu supaya kami terus ke bandar Seremban dan berjumpa "mereka" di Restoran R & K. Sampai di Bandar Seremban kami terus mencari Restoran R & K. berpusing-pusing jugak la mencari di sekitar Taman AST tapi tak jumpa. Maklumat tak lengkap huhu. Selepas beberapa ketika kami dapat menghubungi "induk" untuk mendapatkan bantuan menunjuk arah. Aha rupa-rupanya Restoran tue dah dekat dengan Terminal One.. err sebelum sampai ke Terminal One untuk lebih tepat lagi..

Nampak macam ada orang nak belanja makan Satay hari nih, tapi apa special occation-nya? Rupa-rupanya hari tue ialah hari jadi "Azhan" (sepupu Nurin) jadi, Pak Long open table lah :) Terima kasih la banyak-banyak pada Pak Long sebab belanja kami makan satay!

Akhirnya kami tiba ke kampung (Seremban) hampir pukul 11:00 malam. Err boleh dikatakan ini ialah perjalanan terlama yang pernah kami buat untuk pulang ke Seremban iaitu lebih kurang 10 jam setengah :) Walaupun lama dan keletihan, kami tetap enjoy!

04 Jun 2008

Jun 04, 2008

Berserabut - Apa nih?

Err tak tau nak kata apa.. messy!
Err tak tau nak kata apa.. messy!

Sapa la yang setup network kat company nih? Memang tak terurus langsung network room tue.. Pening kepala la tengok. Kalau nak meniaga besar kena la employ IT tech.. kalau tak jadik cam nih la.

Semalam pegi buat support kat salah satu anak syarikat dalam group. Jarang-jarang Aku keluar buat support, tapi terpaksa pegi sebab dah tak de orang kat department Aku nih. Dapat job order dari KL mintak Aku check site tue.

03 Jun 2008

Jun 03, 2008

Majlis Perkahwinan Mazlan

Tahniah!
Tahniah!

Kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan Mazlan pada hari Ahad yang lepas. Sampai di sana lebih kurang pukul 1:45 petang. Mujur hari tue cuaca tak berapa panas. Tetamu pun berada dalam keadaan selesa dan majlis berjalan dengan amat lancar, walaupun pengantin agak lewat sedikit untuk di arak dan di kompang. Apa-apa pun Alhamdulillah.. kerana sepanjang berada di sana cuaca amat baik.


Nurin Iman


Nampaknya Nurin pun sangat seronok sepanjang berada di sana walaupun Aku tak berapa kisahkan dia. Maklumlah Aku sibuk berbual dengan kawan-kawan lama yang kebetulan hadir ke majlis itu. Masa majlis macam ni la nak ambil peluang bertanya khabar berita sebab kalau nak berjumpa memang takkan ada kesempatan. Kebanyakkan dari mereka yang hadir dan yang Aku kenal tue adalah bekas rakan sekerja dan rakan satu company tetapi branch lain.


Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife
Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife


Mazlan nih memang satu department dengan Aku. Sekarang nih lengkaplah semua Ahli IT Department.. dah kahwin! Welcome to the Club & Selamat membina perut :) hahaha... Selamat Pengantin baru buat Mazlan & Wife, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Bunga Manggar
Bunga Manggar

Dah jadi acara wajib kalau ke Majlis perkahwinan.. Nurin mesti nak ambil bunga manggar!