BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Julai 2008

Julai 30, 2008

Adakah Ini Tandanya Ketagihan Internet Dan Komputer?

Sejak kebelakangan ini Aku nih boleh dikatakan banyak menghabiskan masa dengan men "google", menulis blog, mengaktikan diri di Friendster dan Facebook, meng "update" template baru untuk blog dan membuat "photo editing"! Adakah ini tandanya ketagihan internet dan komputer? Haha mungkin kot :)
 Dah bertahun-tahun aku pulih dari ketagihan IRC tahun 1998 - 2000! Sekarang bila dah kembali aktif ber "blog" ketagihan tu kembali! Rasa macam dah balik semula ke tahun 1998!

22 Julai 2008

Julai 22, 2008

Weekend @Seremban

Hujung minggu yang lepas Aku balik ke Seremban untuk melawat Azza dan anak-anak yang masih lagi di sana. Kali ini Aku memandu sendirian dari JB. Bertolak agak lewat kira-kira jam 11:00, malam Sabtu dan tiba di Seremban lebih kurang pukul 1:40 pagi.

Sebenarnya Aku nih dah terbiasa memandu malam. Arwah Emak dulu memang cukup risau kalau Aku sampai ke kampung awal pagi. Masa di UKM dulu memang dah terbiasa tidur lewat. Pukul 12:00 tengah malam, baru nak ke Medan Selera untuk makan malam bersama kawan-kawan. Selepas menghantar mereka balik ke Kamsis, tiba-tiba kalau terasa nak balik ke kampung dan kira-kira boleh lepas duit minyak dan tol, Aku akan terus balik ke Kluang pagi itu juga! Masa bujang dulu Aku memang macam tu. Alhamdulillah selama ini tiada insiden yang tak diingini berlaku.

Memandu malam atau awal pagi membuatkan Aku lebih fokus! Itu pendapat peribadi Aku. Sebenarnya kita akan lebih fokus apabila cukup rehat dan tidur sebelum memulakan perjalanan tak kira perjalanan malam atau siang.

Petang Sabtu Aku ke Giant Senawang sebab nak membeli barangan keperluan rumah dan baby. Sambil itu Aku ambil sedikit masa untuk berjumpa kawan lama yang kebetulan bekerja di situ. Sejak Aku memulakan Projek Wachaaaaaaaaa, banyak maklumat yang Aku perolehi tentang kawan-kawan sekolah dan sekarang ialah masa untuk menjejaki mereka. Mana yang sempat dan berhampiran akan Aku mulakan dahulu. Oleh kerana Aku dah berada di Seremban, Aku terus menghubunginya. Masa di sekolah dulu beliau ialah junior tetapi semasa di UKM, kami satu batch! Aku lambat setahun masa masuk UKM sebab selepas habis POLISAS dulu Aku terus bekerja sebelum menyambung pengajian. Sebab itu bila di UKM, Aku sama batch dengan junior sekolah.

Rupa-rupanya kawan Aku nih dah lebih tujuh tahun bekerja di Giant Senawang! Aku tak tahu pun di Seremban ni ada kawan yang dah tersesat dan dah jadi orang Seremban nampaknya.


Minggu ini Nurin Amani akan ke klinik untuk first check up, jadi Aku tinggalkan kereta di kampung untuk memudahkan Azza ke klinik nanti. Balik ke JB nanti, macam biasalah.. naik Plusliner. Balik ke JB pada hari Isnin. Aku ambil cuti Isnin jadi Aku ada banyak masa untuk Azza dan anak-anak sepanjang minggu ni.

Dah dekat pukul 11:00 malam ni..Nurin Amani tak mahu tidur lagi!

Nurin Amani pun seolah-olah tahu Aku balik! Malam minggu yang lepas dia tak mahu tidur. Selalunya pukul 8:00 malam dia dah nyenyak tidur. Penat Azza mendodoikannya, akhirnya pukul satu pagi baru dia lelap. Tapi Aku puas sebab dapat bermain-main dengannya :)


17 Julai 2008

Julai 17, 2008

Mee Rebus Stulang Laut

Terima panggilan telefon dari seorang kawan lama jam 5:30 petang. Kebetulan hari ini dia berada berdekatan dengan pejabat Aku. Setelah urusannya selesai, dia menjemput Aku dari pejabat lebih kurang pukul 6:00 petang. Malas nak keluar jauh-jauh, Aku mencadangakn supaya kami pergi ke Restoran Emie Kafe di Stulang bersebelahan dengan The Zone untuk minum.



Sedang rancak berbual kelihatan pekerja di restoran tersebut sedang bersiap untuk berkemas dan menutup kedai. Aiks dah nak tutup ke? Kami baru sahaja nak mula berborak. Nampaknya kami kena pergi ke restoran lain lah untuk menyambung perbualan yang baru hendak bermula tadi.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk singgah di restoran Mee Rebus berdekatan dengan pejabat. Sebenarnya Aku terlupa yang bersebelahan dengan bangunan tempat Aku bekerja ni pun ada tempat makan yang bagus. Kami order "Mee Rebus Besar Special" dan "Otak-otak".

Kawan Aku ni bekerja di sebuah bank. Katanya budak-budak bank under NUBE dapat durian runtuh hari ini. Even bank clerk ditempatnya pun dah bergaji lebih dari officer! Rezeki budak-budak bank lah nampaknya :) Di zaman semuanya naik..mereka pun dapat naik gaji berserta bayaran back dated dari 2006! Betul-betul durian runtuh nih. NUBE dah selesai, lepas nih ABOM pulak.


Mee Rebus Campur Otak-otak = Best!
Mee Rebus + Otak-otak = Best!


Mee Rebus kalau di makan bersama otak-otak memang best! Sebenarnya Aku pun tak tau siapa yang mulakan trend ini. Tapi memang sesuai dan sempurna la kombinasi ni. Alhamdulillah, rezeki Akulah nampaknya hari ini sebab kawan ni belanja Aku makan di dua buah restoran yang berlainan dalam hari yang sama. Thanks bro! Next outing Aku belanja :) Inshaa Allah!

14 Julai 2008

Julai 14, 2008

Maxtor Basics - External Portable HDD

Ini ialah gadget terbaru Aku ialtu Maxtor Basics - External Portable HDD, 80GB. Hek ele 80GB aje! Hehe ini jer yang mampu dibeli buat masa ni. Kira ok la!



Sebenarnya ini ialah portable hard disk drive Aku yang ketiga. Kesemuanya sedang digunakan. Maxtor Basics ini ialah portable HDD terus dari kilang complete dengan casing dan HDD. Yang lama tue, Aku buat sendiri.. Err Aku keluarkan dari notebook lama yang telah rosak dan Aku masukkan dalam " Portable HDD Casing" yang banyak dijual di kedai komputer.

12 Julai 2008

Julai 12, 2008

Cerita Pasal Berkhatan - Ada Yang Saya Tidak Tahu!

2 minggu yang lepas Aku melawat seorang kawan masa zaman universiti dulu. Memandangkan Aku tengah bujang, memang ada masa la nak melawat kawan tu. Kebetulan pula hari itu seorang lagi kawan baru sampai dari KL dan singgah di rumahnya. Aku pun tanpa berlengah terus ke sana bila dapat SMS dari tuan rumah.

08 Julai 2008

Julai 08, 2008

Modenas Jaguh 175 - Side Mirror Baharu!

Semalam selepas balik dari pejabat, singgah ke bengkel motor sebab membeli side mirror baru untuk Jaguh Aku. Side mirror yang baru ni agak pendek sedikit berbanding yang lama tetapi yang pentingnya ia tak menjejaskan pengelihatan.


Side Mirror Rosak Perlu Cepat Diganti!
Side Mirror Rosak Perlu Cepat Diganti!



Aku memang tak boleh menunggang motor tanpa ada side mirror. Memang rasa janggal dan tak selesa bila tidak dapat memerhatikan kenderaan yang datang dari arah belakang. Tapi berlainan dengan rakan-rakan Aku dulu, bila motor keluar dari kedai (motor baru), perkara pertama yang diaorang akan tanggalkan ialah side mirror! Hmm.. buruk kot motor yang ada side mirror nih? Dia orang ni tak risau langsung pasal keselamatan!


Bahaya Menunggang Motorsikal Tanpa Side Mirror!
Bahaya Menunggang Motorsikal Tanpa Side Mirror!




Motor Aku dah kembali standard. Tak ada isu dengan pihak berkuasa. Motor kalau tak ada side mirror, tak pasal-pasal boleh kena saman dengan Polis dan JPJ.


07 Julai 2008

Julai 07, 2008

Modenas Jaguh 175 - Side Mirror Terbang!

Pagi tadi, seperti biasa menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja. Keluar dari simpang untuk ke Jalan Skudai tiba-tiba terperasan ada objek terpelanting ke tepi.


"Casing" nya ada.. cerminnya dah terbang!!


Pada mulanya Aku buat tak kisah, bila hendak menukar lorong dan melihat cermin sisi sebelah kanan.. "aiks apasal tak nampak apa-apa nih?" Rupa-rupanya objek yang terpelanting tadi tu ialah "side mirror" motor Aku daa...

06 Julai 2008

Julai 06, 2008

Nurin Amani - Uwan Mandikan Saya la...

Nurin Amani dah berusia 20 hari. Pada masa gambar ini diambil usianya baru 18 hari. Beratnya dah bertambah ke 3.4kg. Alhamdullilah dia sihat dan cergas. Cuma ada sedikit ruam di mukanya, normal buat baby seusianya.

Uwan mandikan Nurin Amani..
Uwan mandikan Nurin Amani..



Sejuk ye...
Sejuk ye...



Barut Indon Style.. Azza buat sendiri!
Barut Indon Style.. Azza buat sendiri!




Baru lepas mandi dan pakai baju baru
Baru lepas mandi dan pakai baju baru :)

03 Julai 2008

Julai 03, 2008

Cerita Pasal Lontong Dan Nasi Himpit

Pagi nih Aku bersarapan di pejabat. Jarang sebenarnya bersarapan di pejabat nih sebab selalunya Azza sudah menyiapkan semuanya di rumah. Kebetulan hari nih system totally down dan memang dah tak boleh nak buat apa, baik Aku ambil masa nih untuk pergi bersarapan. Aku makan lontong  pagi nih!


Lontong
Lontong

 Nasi Himpit


Dulu-dulu masa di Selangor dan Negeri Sembilan kalau cerita pasal nasi himpit memang mematikan selera. Kalau di sana makan nasi himpit dengan kuah kacang aje! Ala kuah satay tue. Pernah sekali tue pegi rumah kawan, mula-mula nampak nasi himpit atas meja.. pas tue nampak pula kuah kacang..

Dah terbiasa sebagai orang Johor kalau ada nasi himpit, kemudiannya ada pula kuah kacang.. dalam hati tentu berdetik.. lepas nih tentunya ada satay! Tunggu punya tunggu.. satay tak tiba-tiba.. Rupa-rupanya kat kawasan sini makan nasi himpit lawannya dengan kuah kacang tue le.. Cissss!!! Tak best langsung!


Nasi himpit + kuah lodeh + sambal = Lontong
Nasi himpit + kuah lodeh + sambal = Lontong


 
A friend of mine nie pun baru jer buat posting pasal nasi himpit dan kuah kacang tue. Boleh refer la blog Adrina :)

01 Julai 2008

Julai 01, 2008

Router "Kaput" & Kawasaki Ninja 250R

Dapat panggilan dari cawangan di Nusa Bestari memberitahu bahawa server tiba-tiba offline. Bergegas ke sana secepat mungkin dan tiba dalam pukul 1:30 tengahari. Dalam masa yang sama laporan telah pun di buat di Kuala Lumpur dan mereka telah mengarahkan seorang engineer untuk menggantikan peralatan yang di syaki rosak.

Huh..error mesej di Server!
Huh..error mesej di Server!