BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

22 Oktober 2008

Oktober 22, 2008

Proton Satria - Rim Besi 14" PCD 100 Offset 5

Rim Besi 14" PCD 100 Offset 5 - Kalau Guna Di Proton Satria Perlu Letak Spacer
Kalau Guna Di Proton Satria Perlu Letak Spacer




Aha.. nak buat macam mana, rim original Enkei Satria ni dah tak berapa elok untuk digunakan. Susah nak buat balancing. Kalau dapat pun nasib. Akhirnya Aku ambil keputusan untuk cari rim besi di Internet! Kebetulan pula ada la orang nak jual complete set (4 unit) RM80. Terus hantar email dan minta completekan deal tersebut selepas raya.

Balik dari cuti raya terus jumpa dan tengok barang. Nampaknya barang tu masih ok. Asalnya rim Myvi 14' PCD 100 Offset 5.

Kalau nak pasang ke Wira atau Satria kena gunakan spacer. Satria dan Wira menggunakan PCD 100 Offset 5 1/2. Untuk sementara ok la. Sekarang ni pun sedang cari sport rim untuk Satria ni. Kalau boleh nak cari 14' atau 15'. Hmmm.. duit nya?





10 Oktober 2008

Oktober 10, 2008

Rain X - Rain Repellent

Sebenarnya part yang paling Aku tak gemar ialah "endorsed" produk! Susah nak nak train lidah dan kata yang baik-baik tentang sesuatu barang. Mungkin sebab itu Aku tak mungkin akan jadi "Salesman" yang baik atau agen "Direct Selling" yang bagus :D haha.. Tapi benda atau perkara yang bagus patut dihebahkan. Aku dah guna produk nih dah lebih 10 tahun. Ternyata berkesan dan amat membantu pengelihatan semasa hujan lebat.

Rain X - Rain Repellent
Rain X - Rain Repellent

Penggunaannya amat mudah, cuma sapukan pada cermin hadapan kenderaan dan akan dapat bertahan selama sebulan. Kebaikan menggunakan "Rain Repellent" ini ialah ia dapat menghindarkan kabus daripada terbentuk di cermin, penglihatan akan lebih jelas dan kurang menggunakan pengelap cermin @wiper. 

Selain di gunakan di cermin, Aku juga menggunakannya pada "visor" topi keledar bila menunggang motorsikal. Banyak versi "Rain Repellent" ni, tetapi yang original ialah "Rain X". Kadang-kadang terjumpa yang macam "Rain X" tetapi bila di perhatikan betul-betul ejaannya.. "Rain K" rupanya. Sebelum beli perhatikan betul-betul labelnya!