BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Februari 2009

Bazar JB - Pengalaman Pertama Mengunjunginya

Pada 14 Februari yang lepas kami telah ke "Bazar JB " yang terletak di Pusat bandar Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Jalan Segget (Legaran Segget). Mendapat tahu mengenainya daripada kawan-kawan. 

Kebetulan pula malam minggu, Kami memang hendak pergi ke Danga Bay, tetapi disebabkan kami terlupa bahawa pada hari itu adalah Velentine Day keadaan lalu lintas menuju ke Danga Bay amat sesak! Sementara menunggu keadaan di Danga Bay tenang sedikit, kemi terus memandu terus ke Pusat bandar. Lokasi yang dituju ialah Bazar JB.


Lokasi Perniagaan Bazar JB

Satu idea yang baik dan menarik oleh MBJB memandangkan kawasan itu agak suram sejak CIQ yang baharu dibuka. Lagipun aktiviti perniagaan seperti ini sememangnya akan menghidupkan kembali Bandaraya Johor Bahru. Kalau dulu kami memang liat kalau hendak ke Pusat Bandar. Maklumlahlah Johor Bahru sudah memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas.


Aktiviti Perniagaan Di Bazar JB

Sejak CIQ baharu dibuka, Pusat Bandar Johor Bahru agak tenang dari kesibukkan kenderaan dan lalulintas. Haa.. Memang kami sukakan keadaan sebegini dan yakin semua orang pun akan bersetuju. Baru seronok! Parking pun mudah! Barulah sesuai untuk membawa seisi keluarga bersiar-siar disekitar bandar pada malam hari.


Nurin Iman - Menajamkan Skill Mengambil Gambar!
Pelbagai barangan ada dijual, tetapi yang paling menarik ialah apabila ada beberapa peniaga yang menjual barangan terpakai dan antik. Cuma kami ke sana sudah agak lewat, jadi tidak sempatlah hendak meneroka kesemuanya. Dapatlah tengok-tengok dahalu. Mungkin dilain kali, perlu datang awal sedikit barulah dapat "explore" sepenuhnya.

Waktu urusnianga di Bazar JB, bermula jam 6:00 petang sehingga 12 malam. Hujung minggu, bermula jam 7:00 pagi sehingga 12:00 malam atau lebih.


2 ulasan:

  1. nnt aku sampai johor bleh la ko bawa jalan2. hotel sah2 kat rumah ko jer. muahahaha...

    BalasPadam