BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

03 Disember 2009

Aidil Adha 09

Esok Raya Haji, pukul 7 masih lagi ada di pejabat.  Ada urusan yang perlu diselesaikan, maklumlah ada rakan sekerja yang sudah bercuti awal.  Setibanya di rumah sudah hampir pukul 7:30 malam.  Penat seharian bekerja belum hilang lagi.  Selesai solat maghrib terus tidur.  Sedar-sedar jam dah pun menunjukkan pukul 11:30 malam.  Terus bangun dan berpesan pada Azza supaya memasukkan barang-barang ke dalam kereta.  Kami bertolak untuk pulang ke Kluang pukul 12:30 pagi..

Sampai di Kluang lebih kurang pukul  1:40 pagi. Ini baru betul-betul pagi hari raya!  Abah kata tempohari dia akan buat "korban", memandangkan kami tiba diawal pagi memang tak nampak langsung lembu korban yang ditambat di belakang rumah.



Bila sudah pagi, barulah nampak lembu itu di belakang rumah!  Ibadah korban di lakukan di rumah Abah sebaik sahaja selesai Solat Sunat Aidil Adha.  Memandangkan hari itu ialah hari Jumaat, kerja-kerja menyembelih serta melapah dilakukan dengan agak pantas dan sebelum pukul 11:30 pagi semuanya telah di selesaikan. Alhamdulillah..

Hari itu Aku dapat satu ilmu baru.  Anggaran berat daging korban dengan mudah boleh ditentukan dengan menimbang jantungnya.  Oooo ..macam tu rupanya.  Cuma Aku tak berapa pasti kira-kiranya macam mana. Mungkin macam kita ukur lilitan pinggang dengan mengambil ukur lilit leher?  Mungkin kot :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan