Nurin Iman - Hand Held Buble Machine

Balik dari Bazar JB tempohari, singgah ke Danga Bay. Memang masa mula-mula keluar rumah sepatutnya kami terus ke Danga Bay. Tapi bila hampir sampai di Danga Bay dan mendapati dapati tempat itu terlalu sesak, kami terus ke Pusat Bandar. Biarkan keadaan disitu reda, nanti dalam perjalanan balik boleh singgah semula ke Danga Bay. 

Tiada apa yang menarik di Danga Bay. Cuma kebetulan pada hari itu ialah Valentine Day. Jadi ramai yang ambil peluang untuk bersiar-siar dan keluar bersama. Dalam bersesak-sesak itu, di Danga Bay ramai pula peniaga yang menjual "hand held bubble machine"!


Nurin Iman - Menguji Hand Held Buble Machine

Tertarik dengan hand held bubble machine ini, kami membelinya untuk Nurin Iman. She's so excited! Bila sampai di rumah terus bermain dengannya. Budak-budak memang begitu. Mana tahu hendak bersabar. Itu sudah dikira bernasib baik juga.. Kalau tidak dipujuk dari awal,  mungkin dia hendak bermain benda itu semasa di dalam kereta lagi! 


Nurin Iman - Akhirnya Sudah Mahir Menggunakan Hand Held Buble Machine 
Haha.. bayangkanlah kalau dia betul-betul bermain benda ini didalam kereta..


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™