PDC Buat Hal!

Mungkin tahun 2009 ni boleh dikatakan sebagai tahun rosak!  Banyak equipment dah mula buat hal.  Salah satu dari padanya ialah Primary Domain Controller.  Mungkin "machine" ni merajuk kot sebab Aku pun sekarang ini sedang dalam proses memindahkan semua user ke "Domain Controller" yang baru. 

PDC yang rosak ini pun dah berusia lebih kurang 8 atau 9 tahun!  Nasib baiklah ada "Backup Domain Controller" yang boleh mengambil alih tugas PDC buat sementara waktu.   Berdasarkan "Bios Post Diagnostics"  memang terdapat error pada RAM slot bank 3!   Aku pun buka casing Net Server 2000 dan cabut RAM dari bank 3/4 dan kemudiannya menghidupkannya semula. Alhamdulillah  server itu dapat di hidupkan,  tetapi "under powered" lah.

Aku terpaksa tanggalkan RAM dari bank 3 /4,  jadi kapisiti RAM untuk server tersebut telah turun dari 1GB kepada 512MB!  Tak apa lah,  asalkan dia masih nak hidup itu pun sudah cukup bagus :D




Sementara Aku melengkapkan "in house project" ini, bertahanlah..  Kalau nak rosak terus pun tak apa.. asalkan Aku dah siapkan "migration" ke Domain Controller yang baru!

Nampaknya Aku kena lebih pantas untuk siapkan "Migration Project" ni :D untuk mengelakkan gangguan pada operasi seharian.

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™