BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Mac 2009

ZyXel Zywall 5 Sudah Sampai

Akhirnya setelah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya harga, ZyXel Zywall 5 telah dipilih untuk menggantikan Cyberguard SG560. Terus buat "Purchase Order" dan hantar ke pembekal. Alhamdulillah selepas 3 hari menunggu, unit ini sampai hari Jumaat yang lepas.




Sebaik sahaja sampai, Aku terus membuka kotak dan melakukan konfigurasi! Memang tidak boleh menunggu lagi. Router ini perlu disiapkan dan disediakan secepat mungkin. Router DSL basic yang digunakan sementara ini tak dapat menampung aliran trafik dan "firewall rules" yang banyak. 

Walaupun harganya tak berapa mahal ini cuma model asas bagi kategori Internet Security Appliance, rekabentuk serta penampilan unit tersebut adalah sebaliknya. Dan yang paling menarik ialah unit ini boleh dipasang pada IT equipment rack! Memang nampak macam model "high end"!






Seminggu telah berlalu.. rasanya tak ada masalah dengan unit ini. Alhamdulillah! Semuanya lancar dan tiada lagi gangguan internet.

Err sebenarnya "pengguna" tak peduli pun tak tau pun apa tentang perkakasan yang digunakan untuk mengawal traffic internet. Kalau diceritakan pun macamlah mereka faham? Apa yang paling mustahak dan terpenting ialah setiap kali nereka klik Internet Explorer atau Mozilla dan internet berfungsi dengan lancar, pasti mereka berbahagia dan senyum sampai ke telinga!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan