BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

09 April 2009

Migrate Celcom Xpax to Celcom Blue

Semalam Aku ambil keputusan untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue". Dah lama pakai "prepaid" sejak terminate "postpaid" tahun 2004. Sejak kawin dah memang kurang guna, rasa rugi la sebab tu tukar ke "prepaid".





Untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue", cuma taip MIG BLUE dan hantar ke 28882.

Dengan Celcom Blue pengguna memilih tempoh sah kredit sehingga 2 tahun. RM30 untuk setahun dan RM50 untuk tempoh sah kredit 2 tahun tetapi mesti "recharge" minimum RM30 selepas memilih tempoh sah kredit untuk menikmati tambahan 6 bulan lagi tempoh sah kredit!

Untuk mengaktifkan tempoh sah kredit, taip AKTIF 30 dan hantar ke 28882 untuk 1 tahun tempoh sah kredit dan taip AKTIF 50 dan hantar ke 28882 untuk 2 tahun tempoh sah kredit.

Kadar Caj Panggilan Celcom Blue ialah Voice dan Video Call 45 sen/min (Flat) (20 sec/block). Untuk kadar SMS ialah 15 sen/sms (ON & OFFNET) dan MMS ialah 35 sen/mms

Untuk penjimatan maksimum, "feature" Teman 20 memang membantu, kadarnya ialah Voice/Video (15 sen/min), Video (15 sen/min), MMS (15 sen/mms) dan SMS (1 sen/sms). Setelah "migrate" dari Xpax ke Celcom Blue, semua nombor active 8 akan dipindahkan ke Teman 20 secara automatik. Kalau ada 20 nombor yang selalu dipanggil, memang sesuailah pakage ini untuk anda!

Secara umumnya Aku rasa "Pakej Prepaid Celcom Blue" ni agak mahal berbanding "Celcom Xpax" (Kadar rata 35 sen/min 10 sen/SMS untuk "non active 8") tetapi disebabkan "option" Teman 20 dan 2 tahun tempoh sah kredit tergerak la hati nak "migrate".
Mana ada "Telco" yang nak rugi.. Apa-apa pun pengguna macam kita ni yang kena "decide" pakage mana yang paling sesuai dengan keperluan semasa.

Tapi Aku tak risau sebab bila rasa nak bertukar pakage kembali semula ke Celcom Xpax cuma taip MIG MID dan hantar ke 28882. Untuk pertama kali migrate FOC tapi untuk yang kedua dan seterusnya kena "charge" RM5. Dan bila dah kembali ke "Celcom Xpax", "Active 15" kena "configure" semula.



3 ulasan:

  1. Ahahahah statement sungguh mantap tu... "lepas kawen dah tak jarang pakai tepon" ek? Heheheh pakai interkom ke?

    BalasPadam
  2. Hehehe.. betul pe.. the only long distance call yang aku buat ialah call tunang :D (Skrg bini)

    BalasPadam
  3. Lupa pulak.. Kalau nak tambah Teman 20.. Taip Teman add XXXXXXX  dan hantar ke 28882.  Untuk view senarai Teman 20, taip Teman list dan hantar ke 28882.

    BalasPadam