Saing?

Lebih kurang 11 tahun yang lalu.. Di UKM (Kamsis Dato Onn)

Dah jadi kebiasaan bagi orang Johor menggunakkan perkataan "saing" untuk merujuk kepada perbuatan "bersama-sama". Kebetulan pagi itu Aku pergi ke bilik seorang rakan kemudiannya disertai oleh rakan-rakan yang lain dari berlainan negeri. Kebetulan memang Aku belum bersarapan dan Aku pun mengajak mereka untuk pergi bersarapan bersama,

Aku: Ko nak pegi breakfast ke? Jom saing!
Jo: Ko ajak Aku gaduh ke?
Aku: ???? 




Hahaha... Rupa-rupanya di Sabah. Kalau mengajak "Saing" itu maksudnya ajak bergaduh!

Aku: "Saing" yang Aku maksudkan tu ialah ..mari la pergi sama breakfast.
Jo: Ooooooooooooooooo..
Ahmad: Apa pulak gaduh. Orang Kelantan kata "saing" tue kawan la
Aku & Jo: ????? Saing = Kawan?

Pagi itu tambah satu lagi ilmu.. "Saing" boleh bermaksud bersama-sama, bergaduh dan kawan! Cuma kalau di Johor biasanya merujuk kepada bersama-sama, manakala di Sabah merujuk kepada bergaduh dan di Kelantan merujuk kepada kawan atau teman! By the way.. Jo orang Sabah, Ahmad orang Kelantan dan Aku orang Johor. Entah di mana mereka sekarang ni..

1 comment:

  1. yeah....hidup anak jati Johor....memperkasakan bahasa untuk negeri sendiri..hu..hu...walaupun mempunyai makna yang berlainan bagi negeri lain....tuntutlah ilmu sampai ke negeri China....kalau "saing" bagi negeri Trengganu dan Perak apa pulak maknanyer yea.....

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™