BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 Mei 2009

Proton Satria - Water Pump & Timing Belt

Hari Jumaat yang lepas saya mengambil cuti setengah hari untuk menghantar Proton Satria ke bengkel. Projek kali ini ialah menukar "Water Pump" dan "Timing Belt"! Kali terakhir ianya ditukar, 3 tahun yang lepas! Aha.. memang sudah sampai masa tetapi terawal sedikit dari jangkaan. Ikutkan rancangan asal saya hendak menukar kedua-duanya pada bulan 6 nanti.

Nampaknya "Water Pump" itu "give up" awal dari jadual! Masa balik dari Seremban tempohari (masa melawat kematian arwah uwan) suhu enjin naik mendadak! Mujur dapat kesan masalah tu (terdapat kesan air menitis dari kawasan water pump setiap kali berhenti) jadi saya sudah bersedia dengan bekas air sepanjang perjalanan. Bila suhu naik agak tinggi terpaksalah berhenti untuk memeriksa air dalam radiator. Sepanjang perjalanan mata tertumpu pada jangka suhu di dashboard! Dari Seremban ke Johor Bahru, 2 kali kami berhenti untuk memeriksa dan menambah air di radiator. Hentian pertama ialah di R&R Air Keroh dan kedua di R&R Pagoh.

Taklah membimbangkan sangat sebenarnya cuma sebagai langkah berjaga-jaga perlu sentiasa memastikan suhu enjin tidak terlalu tinggi. Ditakut nanti "Engine Head" bengkok dan "gasket" terbakar! Kalau dah bengkok "Engine Head" tentu kos membaikinya akan menjadi lebih tinggi dan pastinya keadaan akan menjadi lebih rumit.




Proton Satria -  Water Pump & Timing Belt
Proton Satria -  Water Pump & Timing Belt



Terpaksa ambil cuti setengah hari pada Hari Jumaat untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti biasa saya ke bengkel biasa berhampiran dengan kediaman. Mekanik itu yang "rebuilt" enjin Proton Satria ini 3 tahun yang lepas. Kiranya dia agak faham tentang masalah Proton Satria ini dulu. Diagnosis awal mendapati "Water Pump" itu telah pun bocor! Memang sahlah perlu ditukar!

Oleh kerana "Water Pump" dan "Timing Belt" terletak bersebelahan, Saya mengambil keputusan untuk menukar kedua-duanya serentak! Senang kerja dan jimat upah. Kali ini Aku menggunakkan "Water Pump" jenama Aisin - Japan dan "Timing Belt" MMC - Japan (100,000 km), sesuai untuk enjin 4G92 (Single Cam) Proton Satria 1.6 tanpa pengubahsuaian.

Kira-kira 3 jam diperlukan untuk kerja-kerja penukaran komponen-komponen tersebut. Nasib agak baik juga, kebetulan pada masa itu memang tiada kenderaan lain yang dibaiki di situ. Lebih kurang pukul 5, Satria telah siap dibaiki.

Alhamdulillah selesai satu masalah. Bulan 7 nanti "Road Tax" dan Insurans pula menunggu. Isk!

3 ulasan:

  1. baru tukar air cond belt.. betulkan tingkap.. lampu x terbakar x tukar lagi nih

    BalasPadam
  2. Biasalah kalau dah berkenderaan ni, rajin-rajinlah buat servis ikut jadual. Kalau ada yang rosak sikit-sikit tu cepat-cepat buat.

    BalasPadam
  3. Enter your comment...baru td tukar timing belt gates..beli kdai spare part..tak smpai seratus...beli water pum aisin rm 50..cooler nisan warna biru rm 20...bush lapik spring depan and belakang...belt dua jenis...bando...kos barang baru 200...upah pasang smua..200...trmasuk buka spring absober utk pasang bush di spring belakang dann depan..kreta lowed sangat..kasi tinggi sikit..

    BalasPadam