McCurry Vs McDonalds.. McDin

Tersenyum bila Aku membaca berita ini di akhbar online. Patutnya dah lama orang-orang Scotland yang mempunyai "Surname" Encik Mc menyaman McDonalds sebab menggunakan nama keluarga mereka atau menuntut royalti atas penggunaan nama tersebut!


Teringat semasa zaman "Uni" dulu ketika tinggal di Taman Kajang Utama, ada seorang peniaga burger bernama Brother Din yang berniaga di hadapan jalan masuk ke taman. Kami gelarkan Brother tu, "McDin"!

Biasalah budak-budak "Uni", bila dapat elaun atau loan pergilah ke McDonalds. Kalau sudah hujung bulan, Burger McDin pun ok juga :D

Entah ada lagi ke tak Burger Brother McDin tu sekarang? Dah lama tak ke Kajang!

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™