Cerita Tentang [
Teknikal
]

Domain Crash - Part 1

Sejak minggu lepas Aku memang agak sibuk!  Memandangkan domain server yang baru itu telah buat hal terpaksalah bekerja lebih sedikit untuk kembali kepada sistem sokongan kecemasan (Domain server lama). Nasib baik juga server lama itu belum ditamatkan perkhidmatannya, kalau tidak tentu keadaan akan lebih kusut.

Apa-apa pun semuanya telah kembali ke keadaan sedia kala setelah 2 hari bertungkus-lumus  memindahkan pengguna  yang terlibat  ke domain lama.  Cuma tinggal beberapa isu yang melibatkan "setting" pada PC pengguna yang masih belum diselesaikan.  Insyallah minggu ini semuanya akan diselesaikan.

Domain server yang bermasalah itu akan di baiki bila keadaan mengizinkan.  Berkemungkinan ia perlu di format semula untuk membolehkan "clean installation" dilakukan.   Kali ini Aku tidak akan mengaktifkan fungsi "File Server" kerana  "Domain Server" berserta "File Server" adalah bukan satu idea yang bagus!  Untuk fungsi "File Server"  adalah lebih baik sekiranya Aku mengintegrasikan SAN (Storage Attached Network)  dalam perancangan LAN & WAN!  Harap-harap "proposal" Aku diterima :D


:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment