Cerita Tentang [
Umum
]

Al Bai Bithaman Ajil - BBA

Saya menghantar surat kepada Maybank Islamic pada bulan Mei yang lepas berkenaan dengan pengurangan kadar faedah keuntungan bagi pinjaman perumahan.  Setelah hampir 6 tahun membuat pembayaran dan menjadi "Paymaster" yang taat,  rasanya telah tiba masanya untuk berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan kadar terbaik serta bersesuaian dengan kadar semasa.

Pinjaman Berteraskan Islam Tiada Fleksibiliti?


Kira-kira 5 tahun yang lepas kebanyakkan pinjaman berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) tidak memberikan fleksibiliti terhadap kadar faedah keuntungan. Maksudnya kadar tetap sehingga langsai pinjaman.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pinjaman perumahan berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) telah mengalami perubahan.  Di pasaran, Saya dapati ada bank yang sudah mula menawarkan kadar faedah keuntungan boleh ubah atau "Variable Rate Financing". 


Mendapat Balasan Dari Pihak Bank


Akhirnya pada awal bulan Disember, pihak bank membalas secara rasmi tentang permintaan bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman. Alhamdulillah!  Kali ini kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank ialah BFR - 1% sehingga langsai pinjaman dan faedah keuntungan dikira berdasarkan kadar harian. Segala terma dan syarat masih mengikut perjanjian lama. Dalam bahasa yang mudah, jika Saya membayar ansuran bulanan pada kadar yang sama sebelum kadar rundingan bermakna Saya akan dapat melangsaikan pinjaman ini lebih awal.


Exit Penalty


Cuma bahagian yang tidak berapa seronok ialah pihak bank meletakkan syarat tambahan seperti "Exit Penalty" dikenakan sekiranya Aku melangsaikan pinjaman tersebut kurang dari 6 tahun dan yuran pemprosesan sebanyak RM200!


Kebaikan Pinjaman Berteraskan Islam


Sekiranya kadar BFR meningkat dengan drastik sekalipun ianya akan dikekang oleh harga jualan yang telah dipersetujui dan kadar faedah keuntungan sebelumnya iaitu tidak melebihi  7.75%.  Semuanya jelas. Amat bagus untuk menghadapi ketidak tentuan ekonomi pada masa hadapan dan ia merupakan kelebihan Al Bai Bithaman Ajil berbanding pinjaman konvensional.


Berunding Dengan Pihak Bank


Bagi yang telah membuat pinjaman perumahan samada Al Bai Bithaman Ajil atau konvensional, jika tempoh "Exit Penalty" telah tamat, bolehlah memulakan perundingan (memohon) dengan pihak bank untuk mengurangkan kadar faedah keuntungan atau bunga (interest).  


Kenapa Ramai Yang Tidak Tahu?


Ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Di pihak bank, mereka tentulah tidak mahu memberitahu perkara ini kepada pelanggan.  Alasannya mudah, mengapa perlu mereka (bank) memberitahu perkara yang akan mengurangkan keuntungan mereka!  Jadi, sebagai pelanggan, mestilah meminta! Kalau ada peluang di pihak kita untuk mengurangkan kos, mesti tuntut!

---------------

Kemaskini Terkini


Untuk pinjaman perumahan Al Bai Bithaman Aji, tiada lagi klausa "Exit Penalty" kerana ianya tidak patuh syariah. Peminjam pada bila-bila masa boleh melangsaikan pinjaman tanpa dikenakan sebarang caj.

Rundingan untuk menurukan kadar faedah keuntungan boleh dimulakan pada bila-bila masa. Namun begitu adalah disarankan ianya dimulakan selepas tahun kedua atau ketiga.

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment