BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 Januari 2009

Januari 30, 2009

Tahun 2009 - Penuh Cabaran

2009 merupakan tahun yang penuh cabaran. Kesannya telah mula dilihat bagi sektor yang berkaitan dengan pembuatan dan elektronik yang menjurus kepada pasaran eksport.

Bagi yang berumur sekitar 30an, ini mungkin kali kedua merasai kegawatan ekonomi. Pertama sekitar 1997/98 dan yang kedua 2008/09. Kegawatan 1997/98 menyebabkan kita mengalami kesukaran mendapatkan pekerjaan. Ini menyebabkan ada diantara kita terpksa menerima pekerjaan yang bukan diminati atau terpaksa menerima pekerjaan yang tidak selari dengan pengkhususan semasa belajar di IPT (Merujuk kepada pengalaman diri sendiri). Alhamdulillah walaupun terpaksa lari dari bidang pengkhususan, semuanya berjalan lancar akhirnya.

29 Januari 2009

Januari 29, 2009

Rezeki Tahun Baru!

Hari ini merupakan hari terakhir Rakan setugas berada di “IT Department”. Beliau akan meninggalkan “Syarikat” kerana mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain. Alhamdulillah. Pada tahun yang penuh cabaran ini masih ada berita gembira untuk sesetengah orang!

Sebagai seorang kawan merangkap rakan sekerja Aku menghargai setiap sumbangan yang beliau berikan kepada “Syarikat” dan “Jabatan” khususnya. Perasaan Aku sebenarnya berbelah bahagi kerana hilang seorang pembantu yang “Competent”. Sedikit rasa sedih dan selebihnya gembira kerana beliau berjaya meningkatkan diri.

Apa apa pun kita kena percaya yang rezeki ada di mana-mana dan ianya telah pun di tentukan. Paling penting kita mesti sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan kerjaya.

Bagi Aku yang masih tinggal di “IT Department” ini, kena cepat-cepatlah menyesuaikan diri semula seperti dulu-dulu, kembali bertiga! "Next mission" ialah mencari penggantinya.. tapi "not in a hurry" :D Ada yang berminat?


26 Januari 2009

Januari 26, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 2

Akhirnya pada 5hb Januari 2009 Nurin Iman secara rasminya ke sekolah! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. She's so excited! Selepas Azza menghantarnya, tak perlu nak menunggu. 


Hari Pertama Nurin Iman Di Sekolah!
Hari Pertama Nurin Iman Di Sekolah!

Rasanya tiada budak-budak yang menangis masa hari pertama sesi persekolahan. Budak-budak sekarang sudah cukup berani! Dari mana datang keberaniannya? Aku pun tidak berapa pasti, mungkin juga sejak beberapa tahun yang lepas kami sekeluarga sentiasa menceritakan segala yang baik-baik sahaja tentang sekolah :D 

Sekolah ini pun baru sahaja di buka. Hanya ada 9 orang pelajar berserta dengan 2 orang guru! Bagus juga kalau tak ramai pelajar, guru-guru dapat menumpukan lebih perhatian pada pelajar. 
 

04 Januari 2009

Januari 04, 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 1

Tahun 2009 ini Nurin Iman akan berusia 5 tahun. Memang dah sesuai untuknya bersekolah. Sebagai bapa, memang agak risau juga kerana tidak pasti tentang pilihan yang terbaik. Private? Kemas? atau Perpaduan?

Perancangan awal ialah hendak mendaftarkan dia ke sekolah tadika private yang berdekatan. Namun begitu, mungkin sudah rezeki kami agaknya, pada bulan November 2008 yang lepas kami telah diberikan borang pendaftaran ke tadika dari seorang jiran. Katanya ada sebuah sekolah tadika yang bakal dibuka berhampiran dengan rumah kami, atau dengan lebih tepat lagi di sebelah balai raya kawasan kejiranan kami. Alhamdulilah!

Dari sehari ke sehari kami memerhatikan balai raya tersebut, tidak nampak sebarang perubahan langsung! Katanya hendak dijadikan sebuah sekolah tadika. Kami pun sudah memberitahu Nurin Iman bahawa dia akan bersekolah di situ, tetapi bayang rupa sekolah pun masih tidak nampak lagi.


Nurin Iman Ke Sekolah!
Nurin Iman Ke Sekolah!



Tiba-tiba terfikir.. Kalau sekolah itu tidak dapat dibuka mengikut jadual, macam mana pula nanti? Sudah tentu yang paling kecewa ialah Nurin Iman. Memang risau juga memikirkannya sebab kami tiada alternatif yang lain! Namun begitu menjelang Disember 2008, baharulah kami terperasan bahawa bangunan bersebelahan balai raya itu sudahpun di “sketch” kan dengan mural. Rupa-rupanya sejak awal November lagi, Cikgu-cikgu dan pembantunya telah menyiapkan susun atur dalaman sekolah itu dahulu dan kemudian baru luarannya :D  

Akhirnya pada 1 Januari 2009 sekolah itu telah pun dibuka dan Nurin Iman telahpun di daftarkan secara rasminya ke sekolah tersebut. Sesi persekolahan bermula 5 hb nanti. Tidak sabar hendak mendengar cerita dari Nurin Iman mengenai hari pertamanya di sekolah.


Januari 04, 2009

Menyempurnakan Azam Yang Masih Belum Terlaksana #0

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan Tahun baru 2009! Taklah lewat sangat mengucapkannya, sepatutnya entry ini Aku buat sebelum akhir tahun lepas. Tapi seperti yang Aku jangka, Disember sememangnya penuh dengan drama!

Pada 23hb Disember, semua sistem telekomunikasi termasuklah broadband dan lease line di pejabat lumpuh. Semuanya berpunca dari kecuaian kontraktor yang menjalankan kerja penambahan kabel fiber optics di bawah bangunan yang menyebabkan kabel fiber optics sedia ada terputus.

Hmmm panik jugak pada mulanya tiba-tiba tepat pada pukul 5:30 petang semua talian telefon, internet dan leased line tak berfungsi. Kebetulan pula pagi itu ada memo terbaharu dari pihak pengurusan syarikat mengenai Cost Cutting Measurement

Takkanlah sampai nak berjimat cemat.. tepat jam 5:30 petang semua talian telefon tak berfungsi? Haha lawak-lawak! Tak pasal-pasal semua staff terfikir pihak syarikat sedang mencatu perkhidmatan telefon dan internet!

Laporan di buat pada pihak TM melalui talian 100 dan pihak TM kemudiannya mengesahkan yang ianya merupakan major problem dan meminta Aku untuk berada di pejabat, sementara mereka mengkordinasi Pasukan Bantuan Teknikal dan Pihak Kontraktor untuk proses mengesan dan baik pulih. Tak pasal-pasal hari itu Aku kena tinggal di pejabat sampai pukul 2:00 pagi esoknya.

Ok la sempena tahun baru ini tentunya setiap dari kita ada azam yang hendak dicapai untuk tahun 1430/2009. Secara jujurnya azam tahun yang lepas pun masih ada lagi yang tertunggak! Jadi azam tahun baru semesrtinya melaksanakan azam yang tak terlaksana dari tahun-tahun yang sebelumnya :D