BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

21 Februari 2009

Februari 21, 2009

Bazar JB - Pengalaman Pertama Mengunjunginya

Pada 14 Februari yang lepas kami telah ke "Bazar JB " yang terletak di Pusat bandar Johor Bahru atau lebih tepat lagi di Jalan Segget (Legaran Segget). Mendapat tahu mengenainya daripada kawan-kawan. 

Kebetulan pula malam minggu, Kami memang hendak pergi ke Danga Bay, tetapi disebabkan kami terlupa bahawa pada hari itu adalah Velentine Day keadaan lalu lintas menuju ke Danga Bay amat sesak! Sementara menunggu keadaan di Danga Bay tenang sedikit, kemi terus memandu terus ke Pusat bandar. Lokasi yang dituju ialah Bazar JB.


Lokasi Perniagaan Bazar JB

20 Februari 2009

Februari 20, 2009

Chinese New Year Dinner 2009 - Marina Seafood

6hb Februari yang lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, "company" buat Chinese New Year Dinner. Biasanya masa-masa macam ini barulah dapat kumpulkan semua staff dari cawangan yang berlainan di sekitar Johor Bahru ni.


Chinese New Year  Dinner 2009 - Marina Seafood
Chinese New Year  Dinner 2009 - Marina Seafood


Semuanya berjalan lancar dan mood untuk jamuan makan malam pun baik.. maklumlah masing-masing baru dapat "bonus". Alhamdulillah.. sedang cerita tentang kegawatan ini semakin menakutkan masih ada berita baik yang sedap untuk didengar :D