Hmm, suddenly I just realized that she is only five!

Mungkin Aku yang terlebih-lebih! Panas hati tak tentu pasal. Puncanya sebab dia mewarna kurang cantik dan lambat menyiapkan tugasan sekolahnya. Rasanya masa dia berumar 3 atau 4 tahan keupayaan mewarnanya lebih baik berbanding sekarang! Kenapa prestasinya tak meningkat? Macam-macam yang bermain di fikiran Aku. Semuanya negatif! Aku agak risau dengan keadaannya!

Mungkin juga dia sedang ber “experiment” dengan warna! Mungkin dia sengaja malas? Mungkin juga dia sememangnya tidak berminat dengan tugasan tersebut atau mungkin juga dia terlalu letih di sekolah sehingga malam baru nak berusaha menyiapkan tugasan sekolahnya?

Hmm, suddenly I just realized that she is only five!
Aku tak sepatutnya meletakkan tekanan padanya. Kali ini Aku mengaku Aku silap and I’m sorry Nurin Iman..

0 comments:

Kasut atau Kaki?

Bikers kat Malaysia memang berani! Mereka lebih sayangkan kasut dari kaki! 

Buktinya ketika hari hujan, ketika hendak pulang dari kerja dan sebagainya mereka akan memakai selipar. 

Kasut yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaki di tinggalkan di pejabat atau di simpan di dalam beg! Takut basah dan rosak bila terkena air nanti :(


2 comments:

Tepung Bawang

Karipap, epok-epok atau tepung bawang? Semuanya sama! Kalau orang Johor kadang-kadang diaorang panggil "Tepung Bawang" :D Cuma dah bertahun tak dengar orang Johor panggil kuih ni "Tepung Bawang". Rasanya kali terakhir Aku dengar 6 tahun lepas. Itu pun kawan sepejabat yang sebut. Aha ada juga orang Johor yang "original!" Sampailah sekarang bila sebut "Tepung Bawang", automatik Aku akan teringat kat kawan tu.



Tergelak juga bila dengar nama tu, maklumlah selalunya yang panggil kuih dengan nama itu biasanya orang-orang yang dah berumur macam emak, makcik dan pakcik kita. Yang muda-muda ni biasanya panggil karipap!



Sejak bulan lepas Azza dah berjaya "pick up" resipi buat karipap eh "Tepung Bawang" ni dan hasilnya amat memuaskan :D - I love karipap a.k.a Tepung Bawang!

5 comments:

Migrate Celcom Xpax to Celcom Blue

Semalam Aku ambil keputusan untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue". Dah lama pakai "prepaid" sejak terminate "postpaid" tahun 2004. Sejak kawin dah memang kurang guna, rasa rugi la sebab tu tukar ke "prepaid".





Untuk migrate dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue", cuma taip MIG BLUE dan hantar ke 28882.

Dengan Celcom Blue pengguna memilih tempoh sah kredit sehingga 2 tahun. RM30 untuk setahun dan RM50 untuk tempoh sah kredit 2 tahun tetapi mesti "recharge" minimum RM30 selepas memilih tempoh sah kredit untuk menikmati tambahan 6 bulan lagi tempoh sah kredit!

Untuk mengaktifkan tempoh sah kredit, taip AKTIF 30 dan hantar ke 28882 untuk 1 tahun tempoh sah kredit dan taip AKTIF 50 dan hantar ke 28882 untuk 2 tahun tempoh sah kredit.

Kadar Caj Panggilan Celcom Blue ialah Voice dan Video Call 45 sen/min (Flat) (20 sec/block). Untuk kadar SMS ialah 15 sen/sms (ON & OFFNET) dan MMS ialah 35 sen/mms

Untuk penjimatan maksimum, "feature" Teman 20 memang membantu, kadarnya ialah Voice/Video (15 sen/min), Video (15 sen/min), MMS (15 sen/mms) dan SMS (1 sen/sms). Setelah "migrate" dari Xpax ke Celcom Blue, semua nombor active 8 akan dipindahkan ke Teman 20 secara automatik. Kalau ada 20 nombor yang selalu dipanggil, memang sesuailah pakage ini untuk anda!

Secara umumnya Aku rasa "Pakej Prepaid Celcom Blue" ni agak mahal berbanding "Celcom Xpax" (Kadar rata 35 sen/min 10 sen/SMS untuk "non active 8") tetapi disebabkan "option" Teman 20 dan 2 tahun tempoh sah kredit tergerak la hati nak "migrate".
Mana ada "Telco" yang nak rugi.. Apa-apa pun pengguna macam kita ni yang kena "decide" pakage mana yang paling sesuai dengan keperluan semasa.

3 comments:

Nurin Amani Dah 8 Bulan!

Nurin Amani dah 8 bulan. Sekarang nih dia dah mula nak merangkak. Tak boleh "lepa" tentu ada perkara yang dia akan buat. Rasanya dalam banyak-banyak perkara, yang paling dia suka buat ialah "kacau" kakaknya :D dan pantang nampak kakanya buat kerja sekolah. Nasib baiklah kakaknya tak kisah sangat, malah lebih banyak mengalah. Kalau tak tentu "kecoh"! Yang paling kecil ni tentunya takkan nak mengalah.

0 comments:

Supercard - Extend Multimedia Functions on Gameboy

Mungkin ramai diantara kita yang masih lagi menyimpan alat klasik ni! Aha.. Gameboy Advance atau Gameboy Advance SP. Ini ialah "Ultimate Handheld Gaming Machine" pada zamannya dan masih mampu bertahan sehingga kini. Tentulah sejak munculnya PSP dan DS ke"popularan"nya sedikit pudar. Untuk pengetahuan, sebenarnya Gameboy Advance/SP di reka sebagai "Pure Gaming Device" tanpa keupayaan multimedia.






Dengan sedikit pelaburan, kita boleh meningkatkan keupayaan multimedia. Untuk projek ini Aku pilih "Supercard + Mini SD card". Dengan Supercard ini kita boleh copy "GBA ROM" yang di download dari internet/"Homebrew ROM" dan kemudiannya di simpan ke Mini SD card. "Supercard" ini boleh menyokong Mini SD card sehingga 2GB! Kalau dah boleh support 2GB, senang cerita kita boleh copy 500 "GBA ROM" kalau diandaikan setiap "ROM" ialah 4MB. Eh betul ke Aku punya kira-kira ni! Kalau salah tolong maafkan yek.






Mudah menggunakan "Supercard" ini, lebih-lebih lagi dengan adanya storan luaran "Mini SD" yang mudah digunakan untuk mengemaskini "GBA ROM" yang ada. Selain itu "Supercard" juga menyokong fungsi "Realtime Save". Maksudnya kita boleh save game pada bila-bila masa tanpa mengira level dan sambung semula permainan atau sambung semula permainan pada hari yang lain!

Kita juga boleh membuat direktori pada menu utama. "Supercard" juga menyokong fungsi "Cheat" untuk menipu permainan :D






MP3 juga boleh di "convert" untuk dimainkan pada Gameboy Advance SP ini. Software/Converter untuk "Supercard" boleh melakukannya dengan agak cepat. Cuma kualitinya tak berapa baik sebab akan jadi "Mono". "Gameboy Advance SP" tu pun memang ada mono speaker aje pun..

Kalau mengikut "manual" dari "Supercard" website, Video juga boleh di "convert" untuk di mainkan ke "Gameboy Advance SP". Tapi setelah mencuba beberapa kali, masih tak berjaya! :( Hanya keluar suara sahaja, imej videonya tak kelihatan. Mungkin kalau menggunakan "Gameboy Advance Micro" boleh keluar kot.. sebab dalam keluarga "Gameboy Advance", Model "Micro" paling baru.

"Supercard" juga boleh digunakan untuk membaca ebook, tetapi ebook yang mempunyai format *.txt sahaja.

Apa-apa pun dengan menggunakan "Supercard" kita tak perlu lagi membawa beberapa katrij games kerana semuanya telah di "copy" ke dalam "Supercard"! Mudah untuk di bawa dan saiz Supercard itu sendiri sama besar dengan katrij "original game".

Ambil kesempatan sementara harga "Memory Card" sedang murah sekarang ini. Mini SD 2GB boleh di beli dengan harga dibawah RM35. "Supercard" boleh didapati di Dealextreme dengan harga USD16.26 atau lebih kurang RM60 dengan free shiping. Cuma letih la nak tunggu "shipment", kurang-kurang pun 2 minggu baru tiba depan pintu rumah.

Aku upgarade Gameboy Advance SP ini sebenarnya buat Nurin Iman. Kadang-kadang je Aku sentuh, itu pun sebab nak main game "Street Fighter"! Hehe.. "Arcade Retro".

**Buy Gameboy Advance/SP Accessories here!

0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™