BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

26 Mei 2009

Mei 26, 2009

Saing?

Lebih kurang 11 tahun yang lalu.. Di UKM (Kamsis Dato Onn)

Dah jadi kebiasaan bagi orang Johor menggunakkan perkataan "saing" untuk merujuk kepada perbuatan "bersama-sama". Kebetulan pagi itu Aku pergi ke bilik seorang rakan kemudiannya disertai oleh rakan-rakan yang lain dari berlainan negeri. Kebetulan memang Aku belum bersarapan dan Aku pun mengajak mereka untuk pergi bersarapan bersama,

Aku: Ko nak pegi breakfast ke? Jom saing!
Jo: Ko ajak Aku gaduh ke?
Aku: ???? 


21 Mei 2009

Mei 21, 2009

Nilai 3

Sepanjang bulan Mei ini banyak "posting" berkaitan dengan benda rosak dan kesedihan! Nak buat macam mana, mungkin telah pun ditakdirkan begitu. Kita sebagai hambaNya kenalah terima dengan hati terbuka & redha.

Sebenarnya tak semua cerita yang tak sedap ada pada bulan Mei. Ada juga perkara "gembira" yang berlaku sepanjang bermulanya Mei. Contohnya pada 1 - 2hb Mei yang lalu kami sekeluarga termasuk adik-adik yang lain dan Abah+Emak baru+Adik telah pun ke Melaka dan Nilai 3. Bolehlah dianggap sebagai "Grand Family Trip" yang tak dirancang pada awalnya. Walau bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar dan menggembirakan.



Dah lama tak berjalan beramai-ramai begini sejak 8 tahun yang lepas. Maklumlah sejak arwah emak sakit dan kemudiannya meninggal dunia memang banyak perkara yang terpaksa kami ketepikan. Bila adik-beradik dah besar semuanya dan dah ada pun yang berkahwin barulah kesempatan itu datang. Alhamdulillah!

 

20 Mei 2009

Mei 20, 2009

Modenas Jaguh 175 - Isu Bateri Memang Cukup Memeningkan Kepala

Petang semalam Jaguh buat hal lagi.. Tak nak hidup! Switch on ignition key..press start button..nothing happen! no light.. no indicator! Dah berusaha tolak, pun tak mahu hidup. Kesian pada kawan-kawan sebab bantu menolak Jaguh ni dua tiga "round"! Dahlah kerja yang dibuat tak dapat disiapkan dengan sempurna, masa nak balik buat hal pula!


Buka Bateri Bawa Ke Kedai


Akhirnya kami bersetuju untuk membuka baterinya dan bawa ke kedai motor berhampiran untuk di uji simpanan kuasanya. Setibanya di sana, Aku terus meminta mekanik disitu mengujinya dan memang "confirm" bateri dah "flat"


Pilihan Terpaksa Dan Kena Pancung!


Memandangkan bateri yang bermasalah ini sudah pun digunakan hampir 2 tahun, rasanya lebih baik ditukar kepada yang baru. Masalahnya, dikedai tersebut tiada bateri Yuasa Model 12N9-4B-1. Yang ada cuma bateri Procell.

Kiranya Aku pun agak terdesak sebab kalau tak dibeli, Jaguh tu terpaksa ditinggalkan di pejabat. Pilihan terpaksa, beli jugalah bateri Procell tersebut walaupun harganya RM130! Rasanya kedai tu pancung Aku cukup-cukup! Apa-apa pun tak kisahlah janji Jaguh dapat dihidupkan. Lagipun hanya kedai ini yang masih dibuka...



Modenas Jaguh 175  - Isu Bateri Memang Isu Besar Bagi Pemiliknya!
Procell - Bukan Pilihan Utama, Pilihan Terpaksa!


Isu Bateri Memang Cukup Memeningkan Kepala


Sementara menunggu bateri yang baru dibeli itu dicas sepenuhnya, kami pun ke kedai mamak berhampiran untuk makan malam. Setelah selesai makan, kami singgah semula ke kedai motor untuk mengambil bateri yang telah siap dicas dan terus ke pejabat untuk dipasang ke Jaguh. 

Alhamdulillah setelah siap dipasang, Jaguh dapat dihidupkan! Lega.. Selesai satu lagi masalah. Isu bateri memang cukup memeningkan kepala!

 

18 Mei 2009

Mei 18, 2009

Proton Satria - Water Pump & Timing Belt

Hari Jumaat yang lepas saya mengambil cuti setengah hari untuk menghantar Proton Satria ke bengkel. Projek kali ini ialah menukar "Water Pump" dan "Timing Belt"! Kali terakhir ianya ditukar, 3 tahun yang lepas! Aha.. memang sudah sampai masa tetapi terawal sedikit dari jangkaan. Ikutkan rancangan asal saya hendak menukar kedua-duanya pada bulan 6 nanti.

Nampaknya "Water Pump" itu "give up" awal dari jadual! Masa balik dari Seremban tempohari (masa melawat kematian arwah uwan) suhu enjin naik mendadak! Mujur dapat kesan masalah tu (terdapat kesan air menitis dari kawasan water pump setiap kali berhenti) jadi saya sudah bersedia dengan bekas air sepanjang perjalanan. Bila suhu naik agak tinggi terpaksalah berhenti untuk memeriksa air dalam radiator. Sepanjang perjalanan mata tertumpu pada jangka suhu di dashboard! Dari Seremban ke Johor Bahru, 2 kali kami berhenti untuk memeriksa dan menambah air di radiator. Hentian pertama ialah di R&R Air Keroh dan kedua di R&R Pagoh.

Taklah membimbangkan sangat sebenarnya cuma sebagai langkah berjaga-jaga perlu sentiasa memastikan suhu enjin tidak terlalu tinggi. Ditakut nanti "Engine Head" bengkok dan "gasket" terbakar! Kalau dah bengkok "Engine Head" tentu kos membaikinya akan menjadi lebih tinggi dan pastinya keadaan akan menjadi lebih rumit.




Proton Satria -  Water Pump & Timing Belt
Proton Satria -  Water Pump & Timing Belt



Terpaksa ambil cuti setengah hari pada Hari Jumaat untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti biasa saya ke bengkel biasa berhampiran dengan kediaman. Mekanik itu yang "rebuilt" enjin Proton Satria ini 3 tahun yang lepas. Kiranya dia agak faham tentang masalah Proton Satria ini dulu. Diagnosis awal mendapati "Water Pump" itu telah pun bocor! Memang sahlah perlu ditukar!

Oleh kerana "Water Pump" dan "Timing Belt" terletak bersebelahan, Saya mengambil keputusan untuk menukar kedua-duanya serentak! Senang kerja dan jimat upah. Kali ini Aku menggunakkan "Water Pump" jenama Aisin - Japan dan "Timing Belt" MMC - Japan (100,000 km), sesuai untuk enjin 4G92 (Single Cam) Proton Satria 1.6 tanpa pengubahsuaian.

Kira-kira 3 jam diperlukan untuk kerja-kerja penukaran komponen-komponen tersebut. Nasib agak baik juga, kebetulan pada masa itu memang tiada kenderaan lain yang dibaiki di situ. Lebih kurang pukul 5, Satria telah siap dibaiki.

Alhamdulillah selesai satu masalah. Bulan 7 nanti "Road Tax" dan Insurans pula menunggu. Isk!

14 Mei 2009

Mei 14, 2009

Kematian Itu Pasti #0

Baru semalam balik dari Seremban, ada kematian. Uwan Azza (sebelah Abah) meninggal dunia pada petang 12/05/2009. 

Dikebumikan pada malam itu juga selepas Isyak. Kami bergegas dari Johor Bahru pukul 6:30 petang. Setibanya di sana "talkin" sedang berlangsung. Alhamdulillah segalanya telah pun selamat diuruskan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buatnya..

13 Mei 2009

Mei 13, 2009

Bila Nurin Iman Penat!!??

Bila Nurin Iman penat dan malas berjalan, terpaksalah berkongsi "Stroller" dengan Adiknya. Macam-macamlah kerenahnya.. Nasib baiklah adiknya cukup "sporting" untuk membenarkan kakaknya duduk bersama.


Mari berkongsi Stroller
Hendak didukung sudah besar, tak terlarat nak mengangkatnya. Inilah pilihan yang ada. Walaupun "Stroller" tu adik yang banyak menggunakannya sekarang, dahulunya ia milik Nurin Iman. Biasalah, adik sentiasa dapat barang 2nd hand dari kakaknya.. Kesian pada adik :D



08 Mei 2009

Mei 08, 2009

Jusco Bukit Indah

Kami ke Jusco Bukit Indah tempohari. Sejak ianya di buka memang tak pernah lagi ke sana. Tak jauh dari rumah, lebih kurang 8km. Dah tak tau nak ke mana sebenarnya. Nak pergi tempat yang dekat dengan rumah, kemudian baru teringat Jusco Bukit Indah! Selalunya kami ke Sutera Mall.