BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

08 Jun 2009

Jun 08, 2009

Hari Sukan Sekolah - Siri 1

Ini merupakan pengalaman pertama kami menyaksikan Nurin Iman dihari sukan sekolahnya. Memang menyeronokkan dan berdebar-debar, maklumlah ini kali pertama kami menghadirinya sebagai ibu bapa.

Sebulan sebelum itu Nurin Iman memang sentiasa bercerita tentang hari sukan yang bakal tiba. Seminggu sebelum hari sukan, pihak sekolah telah mengadakan latihan intensif untuk murid-murid :D

Memandangkan sekolah tempat Nurin Iman belajar baru dibuka pada awal tahun ini, terdapat masalah kekurangan pelajar dan sekolah itu hanya mempunyai 8 orang murid! Oleh yang demikian, tidak banyak acara yang boleh di sertai. Mereka akan hanya menyertai 4 acara sahaja.



Sehari sebelum hari sukan bermula, Nurin Iman demam! Kesiannya! Seminggu dia bertungkus-lumus berlatih dan begitu bersemangat, bila tiba harinya dia sakit. Walaupun demamnya masih belum pulih sepenuhnya, dia tetap bersemangat. Nurin Iman pembawa sepanduk sekolahnya semasa perbarisan perasmian. Kalau dia tidak dapat hadir tentu pening kepala cikgunya!

Ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai acara sukan. Walaupun tidak menang, dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Itu pun yang penting, semangat! Tak apalah Nurin Iman, tahun depan akan ada lagi. Anyway kamu baru berusia 5 tahun!