BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 Julai 2009

Julai 19, 2009

Emporium

Tempohari di majlis perkahwinan sepupu:

Pakcik: "Dalam perjalanan tadi singgah sekejap di Emporium.."
Aku: "Haaa.. Emporium? "
Pakcik: "Ha ah..Emporium Giant"
Aku: (Ketawa)

16 Julai 2009

Julai 16, 2009

Temporary Solution

Tiba-tiba "chasis fan" untuk CCTV PC telah berhenti berfungsi. Bila "chasis fan" rosak, pc tak boleh nak di "boot" sebab "chasis fan sensor" di motherboard/bios detect chasis fan failure! Sementara menunggu untuk mendapatkan "chasis fan" yang baru, Aku trick "chasis fan sensor" dengan menggunakan Pentium 4 "CPU cooler fan"!



Nampaknya cara itu berkesan dan CCTV Pc berjaya di hidupkan. Tetapi ini hanya untuk sementara. Barang yang rosak tetap perlu diganti :D

14 Julai 2009

Julai 14, 2009

Nurin Iman - 5 Tahun

Kedua-duanya dilahirkan pada bulan Jun. Kakak pada 13hb Jun dan adik pada 17hb Jun. Oleh kerana jaraknya cuma 3 hari, kami ambil keputusan untuk menyambutnya hari ulang tahun bagi kedua-duanya pada 17hb Jun. Bermaksud kakaknya terpaksa tunggu 3 hari lewat untuk menyambut hari jadi! 

Memanglah rancangan itu nampak seperti tiada cacat celanya. Tetapi nampaknya Nurin Iman tidak boleh menunggu 3 hari lagi. Masuk sahaja 13hb, dia dah mula bertanyakan mana kek hari jadinya? Sebenarnya pada 13hb Jun itu kami masih lagi berada di Batu Pahat kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami. Bergegas balik ke JB dah lewat petang. Semasa di dalam kereta itulah dia asyik bertanya tentang kek hari jadinya. Sampai di rumah terus memunggah barang-barang keluar dari kereta dan kemudiannya terus ke Plaza Angsana untuk mendapatkan kek yang dihajati.

Tahun ini Kek Cokelat pilihannya! Kami ikutkan sahaja kehendaknya. Sudah genap 5 tahun usianya sekarang dan citarasanya juga berubah! 


 
3 hari kemudian, giliran Nurin Amani pula menyabut hari jadi yang pertama. Kali ini mungkin rezeki kami agaknya. Atuk Amin sekeluarga menaja meraikannya di My Friend Tomyam, Kempas. Alhamdulillah! Nampaknya Nurin Iman dapat tiup 2 kali lilin pada kek hari jadi! Yang pertama semasa hari jadinya pada 13hb dan kedua pada hari jadi adiknya, meniup bagi pihak adiknya.




Majlis yang serba ringkas dan istimewa ini turut disertai oleh Nyaie (Nenek) yang kebetulan ada di JB. Terima kasih pada Atuk Amin sekeluarga kerana bersusah payah mengatur dan menyiapkan segala-galanya. Bila kami sampai ke sana tempohari semuanya telah tersedia. Atuk Amin juga menghadiahkan Nurin Iman set alat tulis Mickey Mouse dan Nurin Amani pula mendapat Teddy Bear yang comel. Hadiah apa yang Nurin Iman dan Nurin Amani dapat dari Abah? 2 set Barbie! Satu untuk Kakak dan satu untuk adik. Kali ini Barbie dah ada kawan! 



02 Julai 2009

Julai 02, 2009

Hari Terbuka Sekolah #1

Isnin lepas kami ke sekolah kerana menghadiri hari terbuka. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. 

Kami lega kerana mendengar komen-komen positif dan negatif dari guru kelasnya mengenai prestasi pembelajaran serta sikap anak kami. Kali ini kami mendapat maklum balas tentang anak kami dari perspektif yang berbeza. Kami terima dengan hati terbuka dan gembira! 

Agak mengejutkan apabila diberitahu bahawa Nurin Iman amat meminati matematik!  Manakala sikap negatifmya ialah kadang-kadang tidak boleh ditegur, yang mana kami sememangnya amat bersetuju dengan pandangan gurunya itu.

Masih ingat masa zaman Aku bersekolah dulu setiap kali hari terbuka sekolah, Abah tak pernah terlepas untuk menghadirinya. Dari dahulu memang Aku tiada masalah sangat dalam pelajaran dan memang bukan tergolong sebagai pelajar yang bermasalah.