BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

25 Oktober 2009

Oktober 25, 2009

Activate Facebook Via SMS

Untuk mengkatifkan servis Facebook Via SMS sila taip F dan hantar ke 32665.  Selepa itu Anda akan menerima Facebook Mobile comfirmation code.  Masukkan code tadi ke akaun Facebook.  Log in ke http://www.facebook.com dan  klik --> Settings --> Account Settings --> Mobile.  Done!


24 Oktober 2009

Oktober 24, 2009

Celcom Blue Vs New Xpax


Menjadi warga "Celcom Blue" sejak beberapa bulan yang lepas.  Sejak itu tak perlu mengingati tentang bila perlu untuk menambah nilai!   Yang Aku tahu, Plan panggilan Aku akan tamat tempoh pada tahun 2011!  Memang mudah bila ada plan yang membolehkan kita kekal aktif sehingga 2 tahun! 

Celcom Blue

23 Oktober 2009

Oktober 23, 2009

Syawal 09 - Part 3

Kereta Abah yang rosak dan ditinggalkan di hadapan rumah makcik memang perlu dibaiki segera.  Pagi-pagi lagi Aku telah sampai ke bengkel untuk berjumpa dengan mekanik.  Setelah menerangkan keadaan kereta tersebut, berkemungkinan masalah yang dihadapi berkaitan dengan "Drive Shaft"!

22 Oktober 2009

Oktober 22, 2009

Syawal 09 - Part 2

,Kami balik ke Johor pada Hari Raya ke 4. Pada asalnya memang mahu terus balik ke Kluang tetapi Aku membuat keputusan untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja keluar dari Plaza Toll Air Hitam. Terkejut "Nyaie" bila kami tiba ke kampung sekitar pukul 12:30 malam! Maklumlah orang dah tidur dan dikejutkan pula..  Kalau tak disempatkan balik ke Batu Pahat,  bila sudah kembali ke JB nanti agak sukar untuk ke sana semula.

Esoknya kami meneruskan  program ziarah kami ke Rumah "Atuk" dan seterusnya kami ke Simpang Renggam untuk ke rumah "Nyaie" Saudara dan 2 orang pakcik (adik-adik Abah).  Selepas itu kami merancang untuk balik ke Kluang.  Tetapi setibanya kami di rumah pakcik, kami dapati Abah pun ada di sana!  Hmm tak jadilah kami nak balik ke Kluang!  Kami sebaliknya merancang untuk pergi bersama-sama ke Kulai untuk menziarah Pak Long dan seterusnya ke JB.

Sebenarnya banyak perkara menjadi tidak teratur sejak awal kami memulakan perjalanan berikutan terdapatnya masalah dengan rangkaian Celcom pada hari tersebut!  Kebanyakkan rancangan yang dibuat semuanya spontan.  Kali ini memang betul-betul beraya.. tanpa henti!

Maghrib di rumah Pak Long dan kemudiannya Pak Long sekeluarga bersama-sama ke JB untuk ke rumah Makcik (Cik Ju).  Dari rumah Makcik (Cik Ju) kami ke rumah seorang lagi Makcik (Cik Jot) yang berada di Skudai.  Dari Skudai kami meneruskan perjalanan ke Taman Universiti untuk ke rumah seorang lagi Pakcik (adik Abah).  Sebaik sahaja kami ingin meneruskan perjalanan,  tiba-tiba kereta Abah mengalami kerosakkan!  Oleh kerana jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 10:30 malam, Aku mencadangkan supaya Abah sekeluarga bermalam di rumah makcik dan esok pagi Aku berjanji akan uruskan penghantaran keretanya ke bengkel.

Kami meneruskan perjalan ke Taman Universiti tanpa Abah. Setibanya di sana mereka amat terkejut mendengar berita tentang musibah yang dihadapi oleh Abah.  Manakan tidak.. kami bersama-sama bertolak dari Simpang Renggam ke Kulai melalui Lebuhraya Plus dan kemudiannya ke JB tanpa sebarang masalah petang tadi..  Hmmm.. nasib baik juga kereta Abah tak rosak semasa di lebuhraya!  Kalau tak tentu lebih banyak masalah!

Alhamdulillah kenderaan kami tidak menghadapi sebarang masalah walaupun sejak dari raya ke 2, kami memang agak banyak berjalan..  Skudai --> Kluang --> Seremban --> Rembau --> Batu Pahat --> Simpang Renggam --> Kulai --> JB --> Skudai .. Memang amat meletihkan! Perjalanan telah pun merangkumi lebih kurang 1100 km!




20 Oktober 2009

Oktober 20, 2009

Syawal 09 - Part 1


Syawal kali ini disambut dengan kadar sederhana. Persiapan untuk menyambutnya lebih tertumpu untuk anak-anak dan isteri. Tahun ini giliran kami untuk pulang ke Negeri Sembilan.

Aku berpeluang untuk bercuti panjang bermula pada Sabtu 19/09/2009 dan mula berkerja semula pada Hari Isnin 28/09/2009 minggu hadapannya. Alhamdulillah, kali ini kami sekeluarga berazam untuk memanfaatkan cuti tersebut sebaik mungkin dengan berziarah.

Destinasi yang dituju ialah Rembau selepas semalamnya kami berziarah di sekitar Seremban. Balik ke kampung asal Abah dan Mak mertua. Perjalanan agak lancar cuma apabila tiba di pekan Rembau, jalan agak sesak. Biasalah di masa perayaan ini memang ramai orang balik ke kampung dan berziarah!


Bila di Rembau teringat suasana macam di Johor cuma kampung orang negeri ini ada sedikit unik. Biasanya setiap rumah walaupun di kampung memiliki pagar!


Walau bagaimanapun orang yang paling seronok ialah Nurin Iman dan Nurin Amani kerana salah sebuah rumah yang kami ziarahi itu ialah rumah lama negeri sembilan yang masih di dalam keadaan asal dan mempunyai banyak tingkap.


Tak tahu kenapa kedua-duanya suka tentang rumah tersebut. Mungkin sebab keadaan sekeliling kampung yang tenang atau keunikan rumah lama tersebut....



17 Oktober 2009

Oktober 17, 2009

Migrate Xpax Mid Plan to New Xpax Plan

Empat hari yang lepas Aku buat pertukaran plan Xpax Mid yang sedia ada untuk Azza. Plan yang dimaksudkan ialah plan Xpax terbaharu yang memberikan lebih banyak kelebihan berbanding plan Xpax Mid. Terutamanya "15 pax" yang membenarkan sebarang nombor dari semua "telco" untuk didaftarkan dan menikmati kadar panggilan istimewa.

Xpax Mid Plan

10 Oktober 2009

Oktober 10, 2009

Persiapan Raya - Part 2

Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas Azza membuat kuih raya! Kali ini Azza menyediakan 2 jenis kuih iaitu "Corn Flakes" madu/Cokelat dan kerepek pisang! Dalam kesibukan membuat persiapan raya dan menguruskan anak-anak, dia masih berjaya mencari masa untuk menyediakannya :D