BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

31 Disember 2009

Disember 31, 2009

Al Bai Bithaman Ajil - BBA

Saya menghantar surat kepada Maybank Islamic pada bulan Mei yang lepas berkenaan dengan pengurangan kadar faedah keuntungan bagi pinjaman perumahan.  Setelah hampir 6 tahun membuat pembayaran dan menjadi "Paymaster" yang taat,  rasanya telah tiba masanya untuk berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan kadar terbaik serta bersesuaian dengan kadar semasa.

Pinjaman Berteraskan Islam Tiada Fleksibiliti?


Kira-kira 5 tahun yang lepas kebanyakkan pinjaman berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) tidak memberikan fleksibiliti terhadap kadar faedah keuntungan. Maksudnya kadar tetap sehingga langsai pinjaman.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, pinjaman perumahan berteraskan Islam (Al Bai Bithaman Ajil - BBA) telah mengalami perubahan.  Di pasaran, Saya dapati ada bank yang sudah mula menawarkan kadar faedah keuntungan boleh ubah atau "Variable Rate Financing". 


Mendapat Balasan Dari Pihak Bank


Akhirnya pada awal bulan Disember, pihak bank membalas secara rasmi tentang permintaan bagi mengurangkan kadar faedah pinjaman. Alhamdulillah!  Kali ini kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank ialah BFR - 1% sehingga langsai pinjaman dan faedah keuntungan dikira berdasarkan kadar harian. Segala terma dan syarat masih mengikut perjanjian lama. Dalam bahasa yang mudah, jika Saya membayar ansuran bulanan pada kadar yang sama sebelum kadar rundingan bermakna Saya akan dapat melangsaikan pinjaman ini lebih awal.


Exit Penalty


Cuma bahagian yang tidak berapa seronok ialah pihak bank meletakkan syarat tambahan seperti "Exit Penalty" dikenakan sekiranya Aku melangsaikan pinjaman tersebut kurang dari 6 tahun dan yuran pemprosesan sebanyak RM200!


Kebaikan Pinjaman Berteraskan Islam


Sekiranya kadar BFR meningkat dengan drastik sekalipun ianya akan dikekang oleh harga jualan yang telah dipersetujui dan kadar faedah keuntungan sebelumnya iaitu tidak melebihi  7.75%.  Semuanya jelas. Amat bagus untuk menghadapi ketidak tentuan ekonomi pada masa hadapan dan ia merupakan kelebihan Al Bai Bithaman Ajil berbanding pinjaman konvensional.


Berunding Dengan Pihak Bank


Bagi yang telah membuat pinjaman perumahan samada Al Bai Bithaman Ajil atau konvensional, jika tempoh "Exit Penalty" telah tamat, bolehlah memulakan perundingan (memohon) dengan pihak bank untuk mengurangkan kadar faedah keuntungan atau bunga (interest).  


Kenapa Ramai Yang Tidak Tahu?


Ramai yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Di pihak bank, mereka tentulah tidak mahu memberitahu perkara ini kepada pelanggan.  Alasannya mudah, mengapa perlu mereka (bank) memberitahu perkara yang akan mengurangkan keuntungan mereka!  Jadi, sebagai pelanggan, mestilah meminta! Kalau ada peluang di pihak kita untuk mengurangkan kos, mesti tuntut!

---------------

Kemaskini Terkini


Untuk pinjaman perumahan Al Bai Bithaman Aji, tiada lagi klausa "Exit Penalty" kerana ianya tidak patuh syariah. Peminjam pada bila-bila masa boleh melangsaikan pinjaman tanpa dikenakan sebarang caj.

Rundingan untuk menurukan kadar faedah keuntungan boleh dimulakan pada bila-bila masa. Namun begitu adalah disarankan ianya dimulakan selepas tahun kedua atau ketiga.

28 Disember 2009

Disember 28, 2009

Bahasa Melayu

Petang semalam ada kemalangan kecil berlaku di hadapan rumah kami. Anak jiran membelok keretanya tanpa memberikan isyarat menyebabkan motorsikal di belakang melanggar kereta berkenaan.  Pemandu kereta itu berbangsa Cina, manakala penunggang motorsikal pula berbangsa India.

25 Disember 2009

Disember 25, 2009

Floppy Disk

19 tahun yang lalu.. Masa itu Aku berada di tingkatan 4. Di sekolah Aku belajar Asas Pemprosesan Maklumat.  Mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran vokasional,  Kursus Pengurusan Perniagaan. Untuk menggunakan komputer IBM 286 di makmal komputer sekolah, kami memerlukan 2 unit Floppy Disk.  Unit pertama mengandungi "Sistem Pengeoperasian" iaitu MS-DOS dan unit kedua digunakan untuk menyimpan data atau lebih dikenali sebagai "Cakera Kerja".

Perkara pertama yang diajar oleh Cikgu ialah bagaimana untuk menyediakan Floppy Disk untuk dijadikan cakera kerja.  Oh ya.. bagaimana mana untuk mem "Format" Floppy Disk sebenarnya!  Pada zaman tersebut setiap Floppy Disk yang baru masih belum di "Format"!  Di  MS-DOS prompt:  A:\> Format A:


Masih teringat ketika pertama kali hendak membeli Floppy Disk pertama di sebuah kedai komputer. Bagi seorang budak yang berusia 16 tahun pada zaman tersebut, tentulah pelik jika masuk ke kedai komputer!  Tuan punya kedai tentunya tertanya-tanya apa yang di cari oleh budak tersebut atau mungkin memikirkan yang budak itu tersalah masuk kedai!

24 Disember 2009

Disember 24, 2009

Activate Twitter via SMS

Akhirnya perkhidmatan yang ditunggu-tunggu telah tiba!  Twitter Via SMS!  Berbanding dengan Facebook Aku sebenarnya lebih banyak menggunakan Twitter. Secara peribadi, Aku sukakan Twitter kerana ia mudah dan ringkas. Sehinggakan untuk mengemaskini status di Facebook, Aku gunakkan Twitter.


15 Disember 2009

Disember 15, 2009

Yokozuna Masuk Dalam Kereta!

Semalam ketika sedang menonton TV bersama..

Nurin Iman : Abah! "Yokozuna" masuk dalam kereta!  Kelakarnya...
AkuHaa.. "Yokozuna"??  Mana kamu tahu pasal "Yokozuna" nih?
Nurin ImanTengok dalam cerita Kappa Mikey dan CatDog!
Aku: Ooooo






Nurin Iman kata begitu ketika melihat iklan Milo Fuze di TV.  Macam-macamlah kanak-kanak sekarang ini. Imaginasinya dah semakin berkembang. Sampai Aku pun tak terfikir nak kaitkan iklan itu dengan Yokozuna, walaupun hampir setiap hari melihat iklan tersebut!







Kemudian baru Aku terfikir,  kadang-kadang kita sememangnya perlu melihat mesej tersirat dari perspektif yang sedikit berbeza daripada biasa untuk memahami sesuatu perkara dan situasi dengan lebih mendalam.

03 Disember 2009

Disember 03, 2009

Aidil Adha 09

Esok Raya Haji, pukul 7 masih lagi ada di pejabat.  Ada urusan yang perlu diselesaikan, maklumlah ada rakan sekerja yang sudah bercuti awal.  Setibanya di rumah sudah hampir pukul 7:30 malam.  Penat seharian bekerja belum hilang lagi.  Selesai solat maghrib terus tidur.  Sedar-sedar jam dah pun menunjukkan pukul 11:30 malam.  Terus bangun dan berpesan pada Azza supaya memasukkan barang-barang ke dalam kereta.  Kami bertolak untuk pulang ke Kluang pukul 12:30 pagi..