Cerita Tentang [
Jaguh
]

Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor

Motorsikal Modenas Jaguh 175 ini asalnya kepunyaan Abah. Abah membeli motorsikal ini sekadar suka-suka. Pada kebanyakkan masa ia tersimpan di dalam rumah. Cuma kadang-kadang ia dibawa keluar untuk memanaskan enjin. Secara amnya motorsikal ini memang tidak digunakkan sangat.


Menunggang Semula Ke Tempat Kerja?


Sekitar tahun 2002, Aku pinjam motorsikal ini dari Abah untuk ke tempat kerja disebabkan kereta mengalami kerosakkan dan terpaksa berada dibengkel lebih daripada dua hari. Sejak itu keinginan untuk bermotorsikal timbul semula. Walaupun hanya menggunakkannya selama seminggu, keseronokkan mula datang kembali dan segala skil menunggang yang telah lama ditinggalkan dapat dikutip semula sedikit demi sedikit.



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor
Modenas Jaguh 175 - Guna Carburetor Yamaha RXZ



Carburator Modenas Jaguh 175 Di Curi


Hendak dijadikan cerita, motorsikal ini kemudianya di bawa oleh adik ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2005. Semasa berada di sana, "Carburetor" motorsikal ini dicuri! "Carburetor" motorsikal ini popular dikalangan pencuri kerana ia boleh dijual dan digunakan untuk kerja pengubahsuaian meningkatkan prestasi skuter!


Carburator Modenas Jaguh Original Mahal!


Untuk menggantikkan "Carburetor" yang hilang itu, kosnya amat tinggi. Kalau tidak silap harga "Carburetor" asli Modenas Jaguh 175 sekitar RM800. Akhirnya beliau menggantikkannya dengan "Carburetor" daripada model motorsikal yang lain yang tidak diketahui asal usulnya.  Fahamlah, masa itu dia pelajar. Itu sahaja caranya untuk  membolehkan motorsikal itu beroperasi semula pada kos yang mampu ditanggung. 


Enjin Mati Ketika Menunggang


Akhirnya dua tahun lepas, Aku membeli motorsikal ini daripada Abah. Daripada tidak digunakkan dan tersimpan sahaja di rumah lebih baik Aku gunakan semula untuk ke tempat kerja. Oleh kerana "Carburetor" motorsikal in bukan yang asal, prestasi motorsikal ini tidak berapa bagus. Kuasa pecutan sering terganggu dan kadang-kadang enjin termati sendiri ketika menunggang!



Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ
Modenas Jaguh 175 - Ubahsuai Carburetor - Mikuni RXZ



Modenas Jaguh Guna Carburator Yamaha RXZ


Oleh kerana "Carburetor" motorsikal ini telah pun diubah suai sebelumnya, Aku mengambil keputusan untuk menukar kepada jenis yang lain. Berdasarkan cadangan daripada beberapa kenalan dan pihak bengkel, "Carburetor" asli Yamaha RXZ amat sesuai untuk dipasang ke Modenas Jaguh 175

Walaupun berlainan jenis tetapi "Carburetor" Mikuni - Yamaha RXZ hanya memerlukan pengubahsuaian paling minumum untuk di pasang pada Modenas Jaguh 175 dan yang paling penting ia dapat memulihkan prestasi ke tahap asal  serta pada kos satu per tiga lebih murah daripada "Carburetor" asal. Alternatif terbaik buat pemilik Modenas Jaguh 175 yang mengalami masalah serupa dengan kes Aku.



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment