Cerita Tentang [
Tips
]

Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan.. Part 2

Sambungan daripada "entry" Bila Usia Sudah Masuk Tiga Puluhan - Part 1. Berkenaan sakit lutut yang Aku alami. Penyelesaiannya:

Tidak Memakai Oxford Shoe

Selain berusaha mengawal BMI ketahap sepatutnya, pemilihan kasut juga memainkan peranan penting.   Kalau dahulu, boleh dikatakan yang Aku ini memang obses dengan 'Oxford Shoe". Maklumlah kasut jenis ini cantik dan mudah dikilatkan tetapi kalau dipakai terlalu lama, bahagian tumit dan lutut akan menjadi sakit. Sekarang Aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak memakai "Oxford Shoe" ketika bekerja.




Jadi kasut yang menjadi pilihan tentunya bertapak getah dan tidak bertumit. Selesa untuk melakukan tugasan seharian.

Cross Trainer

Untuk bersantai, Aku memilih kasut sukan daripada kategori "Cross Training" ataupun "Running/Trail" kerana kasut jenis ini sesuai diguna untuk pelbagai displin sukan dan tapaknya juga amat lasak sesuai untuk pelbagai permukaan. Jadi ia juga sesuai untuk digunakan untuk beriadah atau bersantai.

Beli Kasut Sebab Cantik Itu Adalah Satu Kesilapan!

Aku perhatikan ramai diantara kita membeli kasut sukan hanya berdasarkan reka bentuk luaran dan trend semasa, bukannya disebabkan fungsi. Kesilapan yang sama pernah Aku lakukan semasa usia diakhir belasan tahun dan semasa usia dua puluhan iaitu membeli kasut "basketball" walaupun Aku tak pernah minat untuk bermain "basketball"!
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

7 comments

  1. kasut basketball x best ke?

    saya pakai sandal x bertumit je.. tapi selalu kena sound.. kena pakai kasut bertumit

    ReplyDelete
  2. Kasut basketball tu memang best dan mahal tapi.. kelemahannya ialah tapaknya cepat rosak. Kegunaan asal untuk digelanggang.

    ReplyDelete
  3. zaman anak dara pun saya memang gemar memakai kasut basketball tu...maklumlaa saya kan rider...hehehe tapi sekarang dah masuk era 30an ni lebih gemar pakai wedges shoes...time preggy prefer sangat2 kasut scholl...

    ReplyDelete
  4. Memang trend remaja pakai kasut basketball. Tapi tu la.. dulu memang terikut-ikut dengan trend dan hype tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  5. Jika saja aku akan mampu menterjemah ke Bahasa Hungary

    ReplyDelete
  6. i duwan to reach thirties =/

    http://kenwooi.com

    ReplyDelete
  7. The time will come soon..my friend, be prepared! :D

    ReplyDelete