Cerita Tentang [
Tips
]

Dial 112 Untuk Kecemasan

Semalam ketika makan tengahari di kafeteria, seorang rakan tidak dapat membuat panggilan telefon kerana panggilan keluar telah disekat!  Aku katakan padanya dalam keadaan kecemasan panggilan ke nombor 112 boleh dilakukan. Beliau segera mendail 112 untuk memberitahu masalahnya. Kemudian..

Rakan: Eh nombor apa yang ko suruh dail tu?
Aku: Itu nombor untuk membuat panggilan kecemasan.
Rakan: Haa? Patulah dia tanya apa yang kecemasannya?


Memang ramai yang tidak mengetahui untuk membuat panggilan kecemasan melalui telefon bimbit, nombor 112 boleh digunakan. Selepas itu pihak penyedia rangkaian seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain akan menyambungkannya ke agensi yang berkaitan seperti Polis, Hospital atau Bomba.


Perkara yang menarik tentang nombor 112 ialah panggilan juga boleh dibuat walaupun dengan "key pad" terkunci! Selain daripada itu, panggilan hanya dapat dibuat dikawasan yang mempunyai liputan sahaja daripada mana-mana penyedia rangkaian.

Oh! Situasi kecemasan yang Aku maksudkan ialah yang benar-benar memerlukan bantuan contohnya kemalangan, kebakaran dan sebagainya. Tidak membayar bil telefon bimbit atau kehabisan kredit "pre paid" bukan kecemasan ya!

Rujuk - Wiki 
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

11 comments

  1. ohh baru ku tau, sebelum ni tau 999,911,994 dan 360 je.. ;)

    ReplyDelete
  2. Sekadar berkongsi info sebab ramai yang tidak tahu. Terutamanya boleh dail 112 tanpa kad sim.

    ReplyDelete
  3. alfa julietMarch 24, 2010

    noted...dail 112

    ReplyDelete
  4. xde sim pun boleh ke? lorr.. ingatkan kena ada sim je..

    kalau xde kedit, xleh eh kol 999 direct?

    kenapa, tiap kali saya diredirect kat blog ni, dia kata:
    A username and password are being requested by http://www.gengblogger.com. The site says: "protected area"

    ReplyDelete
  5. Ooo.. ada satu link ke www.gengblogger.com down sejak semalam. Rasanya ada masalah dengan main server. itu yang keluar log in box!

    ReplyDelete
  6. Ada certain phone boleh guna 999 direct. tapi ikut spec GSM, 112 adalah piawaian industri.

    ReplyDelete
  7. Kalau ada telefon bimbit lama yang masih elok tetapi tidak digunakan, boleh simpan dan diguna untuk kecemasan.

    ReplyDelete
  8. huhu.. dulu masa mula2 dpt hp makcik (besar mcm botol air) on2 je, dia kata emergency call only.. 112.. xsangka lak kalau xde sim pon leh kol.. rasa mcm pernah dail.. hurmm.. O:-)

    ReplyDelete
  9. Yup betul lah tu.. Kalau takde kad sim biasanya akan appear kat display S.O.S ataupun emergency call only.

    ReplyDelete
  10. bagus lh tu , tpi cmme klau org yg x thu psl no 112 ni trdail lk? Lh direct panggillan kcemasan 999..klau dr agensi maxis, selamat lg. Serius nih, cmne ni?? Sya trdail 112, dua kali lk tuh. First sbb tak sengaja, second gne phone yg x de kredit nk dail no tu lg sbb nk tgok tulisan yg trpapar kt skrin(nk thu no ape yg trdail td). X sngka lk bleh call walaupon xde kredit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terdail tiada masalah. Bukan sengaja abuse. :)

      Delete