Cerita Tentang [
Umum
]

Kerana Wang, Sanggup Lakukan Apa Sahaja!

Sebenarnya Aku sudah lama hendak menulis berkaitan perkara ini sewaktu media massa di negara kita ini heboh memberitakan tentang sindiket yang memperdayakan warga tempatan untuk menjadi "keladi dadah".

Setelah membaca beberapa cerita yang keluar dipaparan akhbar arus perdana, Aku dapati hampir kesemuanya mempunyai jalan cerita yang lebih kurang serupa. Sama ada mereka tertipu, diperdaya atau dengan kerelaan melakukan tugasan tersebut semuanya berpunca dari masalah kewangan.





Kemudian Aku terlihat pula satu rancangan televisyen di TV3 yang bertajuk Bang Bang Boom. Terdapat satu segmen dimana para peserta diberikan imbuhan dalam bentuk wang jika berjaya melakukan sesuatu tugasan yang dianggap pelik, bersifat mencabar serta memalukan dan diberi saguhati serendah RM10!

Apa kaitan antara "keldai dadah" dan Bang Bang Boom? Rancangan televisyen tersebut sebenarnya mengesahkan teori bahawa di luar sana terdapat segolongan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan imbuhan yang bakal diterima dirasakan amat setimpal.

Pendek kata "Kerana Wang, Sanggup Lakukan Apa Sahaja!". Jadi apa yang pelik?

Tags:
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

13 comments

  1. Mista BloggaMarch 26, 2010

    yup, anif..
    money is the devil of all things.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Tak tergamak nak salahkan "Wang" sebagai segala punca masalah. Mungkin apa yang lebih tepat ialah sifat tamak itu yang menjadi punca segala masalah.

    ReplyDelete
  3. sian kat duit tu jadi mangsa keadaan...
    sikap manusia yang harus d persalahkan...
    isk memang tak berapa berkenan dgn Bang Bang Boom tu...
    duit yang d beri tak seberapa dengan aksi yang di buat..
    atas alasan harus sporting...isk tak gemar betul...

    ReplyDelete
  4. alfa julietMarch 26, 2010

    ramai dah kantoi pasal dadah....yg kaya dia punya pembekal, kena tangkap pengedar...hehe

    ReplyDelete
  5. Rancangan itu menunjukkan manusia mudah untuk dibeli dengan wang walaupun sedikit. Inikan pula kalau ditawarkan berpuluh ribu, tentu ada yang sanggup buat kerja gila.

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. yang kena tangkap semuanya macai-macai jer.

    ReplyDelete
  7. hurmm.. harap, next time, mereka yg kat luar tu lagi berhati2.. duit memang berharga tapi kebebasan jauh lebih berharga

    ReplyDelete
  8. Yang merisaukan ialah bila seseorang itu terdesak.. lebih mudah gelap mata dan masuk perangkap.

    ReplyDelete
  9. hurmm.. harap mereka berfikir lebih panjang lain kali.. daqh terlalu banyak kes.. harap jadi pengajaran. sedih bila tgk rakyat kita jadi mangsa

    ReplyDelete
  10. bang bang boom tu utk ceriakan hati je bagi aku. kiranya siapa yang sporting sanggup wat benda2 cmtu. yang betul2 terdesak nak kan duit tu la yg jadi keldai dadah tu..

    ReplyDelete
  11. Mohd Nadri SaringMarch 29, 2010

    hidup kalau xde duit pun susah jugaks...apa2pun, janganlah sampai kita menjadi "Hamba Duit"...

    ReplyDelete
  12. Mahu atau tidak kita memang sudah menjadi hamba duit.. 

    ReplyDelete
  13. <span>Betul tu rancangan itu memang menceriakan hati.. Cuma saya pilih untuk kupas satu segmen, dan itulah hasil dari pengamatan saya. Saya rasa itulah maksud yang tersirat.. </span>

    ReplyDelete