BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

11 Mac 2010

Lepas SPM.. Part 1

Sembilan belas tahun dahulu, Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional... 

3 Bulan

Ada lebih kurang tiga bulan sebelum keputusan peperiksaan diumumkan. Pada masa itu Aku tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk dilakukan. Tiba-tiba Abah mencadangkan supaya Aku belajar memandu dan Aku terus sahaja bersetuju dengan cadangannya tanpa berfikir panjang.. "Cool".

Mendaftar Diri Ke Sekolah Memandu

Keesokan harinya Aku terus mendaftar di sekolah memandu. Pada masa itu, Modul Kurus Pemanduan Berhemah selama lapan jam baharu sahaja diperkenalkan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kalau tak silap, kami merupakan "batch" kedua yang menghadirinya. Pada masa tersebut, yuran belajar memandu boleh dirunding. Maksudnya jika sudah pandai membawa kereta atau menunggang motorsikal, yuran yang dikenakan lebih rendah dan begitu juga sebaliknya. Belajar memandu dan menunggang juga tidak perlu ikut jam. Kalau rajin hari-hari pun boleh berlatih dan itu pun yang Aku lakukan.

Sentiasa Tiba Awal 

Disebabkan Aku menumpang Abah setiap pagi untuk ke sekolah memandu, Aku tiba awal sebelum sekolah memandu itu dibuka! Bila staff sekolah memandu itu tiba, Aku membantu mereka membuka pintu "shutter" dan mengeluarkan motorsikal dari dalam premis.

Membantu Staff Sekolah Memandu

Sepanjang hampir dua bulan Aku seolah-olah sebahagian daripada staff sekolah memandu tersebut. Manakan tidak, setelah membantu mengeluarkan motorsikal, Aku diminta oleh mereka untuk mengisi minyak motorsikal sebelum ke padang latihan!  Tetapi tidak mengapa kerana Aku suka berbuat begitu. Kepercayaan yang mereka berikan menambahkan lagi keyakinan bila menunggang motorsikal cuma yang tidak seronok ialah motorsikal itu ada logo "L" yang amat besar! Untuk menyedapkan hati Aku anggap "L" itu bermaksud laju! Hehe..


L Itu Bermaksud Laju

Rutin Harian

Bila tiba di padang latihan, Aku melakukan latihan seperti yang diarahkan oleh "instructor". Bila sudah lengkap rutin latihan motorsikal, Aku memulakan latihan memandu kereta pula. Begitulah rutin harian sepanjang hampir dua bulan.

Lulus Ujian Memandu!

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah Aku lulus kedua-dua ujian. Mulalah berangan-angan untuk memandu kereta ke sekolah apabila mengambil keputusan SPMV nanti. Menurut "instructor" lesen Aku akan siap dalam masa seminggu.

Seminggu berlalu, akhirnya Aku mendapat panggilan daripada sekolah memandu memberitahu bahawa lesen memandu Aku telah siap. Gembira bukan kepalang.  Petang itu juga Aku mengambilnya. Malam itu, Aku mendapat berita yang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional akan dikeluarkan esok.  Terus memberitahu Abah akan hajat untuk meminjam keretanya untuk mengambil keputusan SPMV.

Abah selamba menjawab..

"Baru dapat lesen sehari dah sibuk nak bawa kereta!, Dah, esok pergi ke sekolah naik bas aje"

Hehehe.. Oh! Zaman itu lesen  "P" belum diwujudkan lagi.

19 ulasan:

  1. Park AirMac 11, 2010

    heheh kempunan jap nak merasa kete, tapi aku pandai moto lambat. umo 20 baru reti bawak sebab sebelum tu motorphobia hahaha.

    BalasPadam
  2. Ala memang dah tau pun takkan dapat bawak kereta tu.. Just try my luck jer.  Walau dah ada lesen masa tu Abah masih pantau dekat 6 bulan.

    BalasPadam
  3. farhanaDrMac 11, 2010

    Hahahaha.. Comel jek tang ayat, anggap L sbg laju.. Adehhh.. Seyes tak leh tahan.. Hik hik..

    Saye dpat jek lesen tak berani nak bawak kete lagi.. Lepas 6 bulan mcm tu baru saye bawak..  Skang ni, tutup mata pun boleh bawak daa.. Ngeee..

    BalasPadam
  4. Mista BloggaMac 11, 2010

    anif:
    ada kawan aku drive sendiri p kelas memandu. siap parking depan sekolah memandu tu lagi.. haha

    BalasPadam
  5. Hehe.. Sampai sekarang Saya tetap kata "L" = laju.

    BalasPadam
  6. Wahh.. cukup hebat tu.. Tapi memang ada yang jenis cam tu pun. Masa belaja bawa moto tu dulu pun ada budak yang guna motor sendiri.. motor kat driving school tu sangat skema katanya!

    BalasPadam
  7. Abg Mohd RazifMac 11, 2010

    Best tol zaman dulu2.. Tak cam sekarang.. Huhu..

    BalasPadam
  8. Kalaulah boleh kita putarkan masa kembali ke zaman tu...

    BalasPadam
  9. uiksss lama sungguh tak bawak motor...
    rindu sgt zaman belajar bawak motor dr klg - kajang...

    BalasPadam
  10. masa lalu kalau dapat pusing balik kan best..tapi hakikatnya..x boleh..uhuhuhu

    BalasPadam
  11. Dari Klang ke Kajang? Uish boleh tahan jauh tu!

    BalasPadam
  12. Memutar semula masa melalui tulisan..

    BalasPadam
  13. brat2104Mac 11, 2010

    masih x reti bawa moto.. huhu  =(

    BalasPadam
  14. Belajar naik basikal dulu :D

    BalasPadam
  15. memang adventure...sengal punggong d watnya... ;)

    BalasPadam
  16. Mohd Nadri SaringMac 12, 2010

    tahun 1996 sya amik lesen keta dkt BP. masa tu harga murah lagi sekitar RM400. blh bayar instalment lagie..belajar memandu dkt Pesta. sekali test terus dpt lesen keta..

    yg kelakarnya, test lesen motor sampai 2 kali baru lulus w/pun ketika itu hari2 bawak motor lagak spt mat rempit..

    BalasPadam
  17. Haha..Biasalah naik motor memang macam tu. Masa zaman Saya belajar, Kuantan - Kluang = 6 jam. Naik moto Yamaha SS110

    BalasPadam
  18. Tahun 1992, Lesen kereta + motor = RM380 all in. Kedua-dua nya pass sekali test jer. Mungkin sbb dulu nampak cam skema jer, kalau buat-buat terror/berlagak mungkin dia kasik fail kot :D

    BalasPadam
  19. Mohd Nadri SaringMac 20, 2010

    entry mengingatkan masa aku ambik lesen kereta dkt Pesta BP..masa tu ambik lesen dlm RM400 ajer..blh byr instalment lagie..

    yg kelakarnya, ambik ujian memandu kereta sekali ajer dkt pass walhal tak pernah bwk kereta sblm nie..tp bila ambik ujian memandu motor kena 2 kali baru pass walhal hari2 naik motor..mgkn cara aku bwk motor mcm mat rempit kotss..

    BalasPadam