BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Mac 2010

Mee Rebus Tetapi Lain..

Untuk mengenali budaya setempat, perkara pertama ialah mencuba makanannya. Adat orang merantau tentulah mahu mengetahui dan mencuba sesuatu yang baharu. Dalam keseronokkan bertemu dan mencuba perkara baharu tiba-tiba terdetik seketika, rindu dengan masakan asli Johor!

"Eh! Dah lama lah tak makan Mee Rebus!"  
"Mana nak cari Mee Rebus di Bandar Kuantan?"

Terus teringatkan Benteng, Medan Selera dan barisan gerai-gerai menghadap Sungai Kuantan yang cantik itu. Tidak berapa pasti sekarang, masih ada lagi gerai-gerai tersebut atau tidak. Kali terakhir ke sana tahun 1998! Dipendekkan cerita, Aku dan seorang rakan terus menuju ke sebuah gerai dan bertanya sama ada di situ ada menyediakan Mee Rebus. Alhamdulillah ada.  Maka berseronoklah seketika sehinggalah Mee Rebus yang ditunggu-tunggu itu sampai..

"Eh! Kenapa mee rebus ini lain macam aje?"
"Rupanya macam Mee Sup"
"Rasanya pun macam Mee Sup"  

Tidak mengapalah mungkin pelayan gerai tadi itu tersalah tulis. Aku dan rakan makan Mee Rebus yang mempunyai rasa Mee Sup dengan tanpa banyak soalan. Malas nak bising-bising tidak tentu pasal di negeri orang. Lagipun baru sebulan kami di Kuantan, sedang berusaha menyesuaikan diri dengan bahasa, makanan dan persekitaran.





Seminggu kemudian. Aku dan rakan yang sama sekali lagi ke Benteng untuk makan Mee Rebus. Kali ini kami mencuba gerai yang lain pula. Seperti biasa, kami bertanya dahulu samada di situ ada menjual Mee Rebus atau tidak. Kali ini kami pastikan bahawa kami tidak tersalah membuat pesanan. Tetapi apabila hidangan yang dinantikan tiba.. Eh! Mee Sup lagi!!

Keesokkan harinya kami berjumpa dengan seorang rakan sekuliah, orang tempatan. Kemudian kami menceritakan pengalaman kami mengenai Mee Rebus itu. Sebelum menjawab dan menerangkan perihal Mee Rebus itu beliau mentertawakan kami..

"Oh! Di sini kami dok panggil Mee Rebus.. Kami panggil Mee Jawa!"
"Mee Rebus di sini ialah Mee Sup"

Ciss!! Patutlah kami dapat Mee Sup setiap kali kami memesan Mee Rebus. Rupa-rupanya orang tempatan merujuk Mee Rebus sebagai Mee Sup. Manakala Mee Rebus stail Johor, ialah Mee Jawa!



12 ulasan:

  1. butterflyMac 16, 2010

    lain tempat..lainlah panggilan... :)

    BalasPadam
  2. Tu lah.. Tak tahu dan tak rajin bertanya.. Konon-konon nak explore semuanya sendiri :D

    BalasPadam
  3. brat2104Mac 16, 2010

    pernah mengalaminya di terengganu.. sangat la kecewanya.. huhuhu..

    tapi, mi rebus lain.. mi jawa lain.. abis tu, dorang panggil mi jawa apa pulak kat situ?

    BalasPadam
  4. oh ye ke...hahahaha fisa pun baru tau...
    emmmm kena rajin menanya la nampaknya lepas ni... ;)

    BalasPadam
  5. Err term standard "pantai timur" untuk Mee Sup.. = Mee Rebus. Rasanya tak de Mee Rebus stail Johor tu.. Mee Jawa itu yang terhampir la dari segi rasa. Itu  yang saya tahu sepanjang belajar dan bekerja di Kuantan.

    BalasPadam
  6. Yup betul.. Kalau tak pasti baik bertanya.. Lagipun ditempat baru ada istilah-istilah yang kita tidak berapa faham maksud sebenarnya.

    BalasPadam
  7. pekat kaw2 kuah dia tu, terliur aku ni. nanti g kuantan kena cari la mee sup ni!

    BalasPadam
  8. Baca betul-betul Pak Air entry tu.. Minta Mee Sup dapat Mee Sup :D Minta Mee Rebus dapat juga Mee Sup!

    BalasPadam
  9. Yang didalam gambar itu memang Mee Rebus Original Johor.

    BalasPadam
  10. Mohd Nadri SaringMac 16, 2010

    lain kali sblm order kena tengok gambar dkt menu..

    p/s: rasanya mee rebus hj wahid still the best kans??

    BalasPadam
  11. Tu la.. Pasal tak de gambar lah jadi cam tu. Mee Rebus Hj Wahid antara yang terbaik :D

    BalasPadam
  12. brat2104Mac 17, 2010

    mi rebus singapore kat pasar mlm sini pon sodap!!

    BalasPadam