Cerita Tentang [
Review
]

Space Gambus Experiment - Review Part 2

Aku sepatutnya menulis ulasan ini bulan Januari yang lepas, iaitu sebaik sahaja Aku menerima kiriman CD daripada Encik Kamal Sabran. Tetapi apa boleh buat, ada komitmen lain yang perlu didahulukan.

Aku bukannya pengulas professional. Apa yang diulas hanya berdasarkan pengalaman yang amat cetek dan sebagai peminat muzik. Sebagai pendengar dan peminat muzik, kadang-kadang Aku tercari-cari karya yang berbeza daripada yang lain. Sebaik sahaja menerima Album Space Gambus Experiment, buat seketika Aku berjaya melupakan muzik aliran arus perdana.

Pemain CD yang telah berhabuk di atas rak dibersihkan semula. Maklumlah sudah lama tidak mendengar lagu-lagu menggunakkan CD. Muzik digital telah mematikan seni mendengar lagu! Pertama kali mendengar lagu-lagu dari Space Gambus Experiment memang mengujakan. Perasaan yang sama seperti pertama kalinya Aku mendengar Album Play Metallica By Four Cellos oleh Apocalyptica, 13 tahun yang lalu.




Muzik ini Aku kategorikan sebagai New Age, walaupun Aku sebenarnya  tidak tahu apa sebenarnya kategorinya! Walau apa pun, mendengar muzik ini membuatkan Aku seolah-olah berada diawang-awangan dan relaks. Bunyi-bunyian pelik dari kosmik dan gambus menjadikkan album ini unik. Pelik dan unik tetapi tidak menyakitkan telinga. Mantap!

Terdapat 10 buah lagu di dalam album ini.  Antara lagu-lagu yang menarik perhatian ialah Pengembara Cahaya, Sonik Al Kosmik, Gerhana, Pulang Kakanda Bulan dan Dari Dalam Kalbu.




Album ini juga memperlihatkan susunan muzik yang bagus. Muzik di dalam album ini seolah-olah bersambung diantara satu dengan yang lain. Penghasilan album ini memang amat teliti. Dari segi susunan muzik, booklet serta kulit album!  Tema "Retro" pada CD benar-benar mengembalikan nostalgia.

Album ini perlu dimiliki oleh semua. Lupakan sebentar muzik arus perdana. Hayati kehebatan album Space Gambus Experiment. Syabas diucapkan pada Encik Kamal Sabran dan rakan-rakan lain yang menjayakan album ini.

Untuk lebih lanjut sila rujuk - http://kamalsabran.blogspot.com

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

3 comments

  1. Kamal SabranMarch 11, 2010

    thanks bro for the review.
    stay in touch :)

    * jumpa di KL 9 april ni jam 8 mlm di balai seni lukis negara.
    SGE will performing live :)
    see ya.

    kamal sabran
    SGE

    ReplyDelete
  2. Wahhh!! SGE performing live di Balai Seni Lukis Negara 9 April ini.. Insyallah ada rezeki Aku akan hadir.

    ReplyDelete
  3. The SGE is the result of a collaboration between musicians Kamal Sabran (electro – acoustic and Mohd Zulkifli Ramli (Gambus/Oud) , a unique blend of traditional and contemporary Malaysian music with radio waves from the planet Jupiter. Genre: experimental electro-acoustic soundscapes  --> Baru Saya tahu Genre nya :D

    ReplyDelete