Cerita Tentang [
Umum
]

Berhati-hati Ketika Memotong "Low Loader"

Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga balik ke Seremban.  Setengah jam memulakan perjalanan, Aku memotong sebuah "low loader" kosong yang dipandu agak laju.  Ketika betul-betul berada disebelah kenderaan tersebut, tiba-tiba seketul batu bata mengelungsur daripada "low loader" tersebut dan terus mengenai bahagian bawah kiri kereta yang dipandu..



Bunyinya amat kuat sehinggakan semua yang ada didalam kereta terjaga!  Nasib baik juga, ia terkena dibahagian kiri tepi bawah kereta. Kalau ia mengelunsur dan terkena di bahagian hadapan mungkin banyak kerosakkan yang akan berlaku dan kemungkinan paling teruk ialah kemalangan!




Aku pun tidak faham kenapa perlu untuk mereka (pemandu) ini membiarkan batu atau kayu di atas pelantar "low loader" kosong! Sepatutnya mereka memastikan bahawa tiada benda asing yang terdapat dia atas pelantar tersebut sebelum memulakan perjalanan.  Akibat sikap tidak perihatin mereka mungkin akan menyebabkan kemalangan!

Walau apa pun jika didalam perjalanan ternampak "low loader", berhati-hati ketika hendak memotongnya.   Dikhuatiri ada kayu beluti atau batu bata yang digunakan untuk menyendal jentera berat yang telah tertinggal dan boleh jatuh bila-bila masa diatas jalan raya!

Kredit (gambar) - http://www.mudah.my

:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

11 comments

  1. yeah.. dangerous to over take that.. =/

    http://kenwooi.com

    ReplyDelete
  2. <span>No choice.. have to overtake.. but next time must be more carefull.! Promised to myself.</span>

    Read more: http://www.anif.co.cc/2010/04/berhati-hati-ketika-memotong-low-loader.html#ixzz0lqb65KEo
    Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

    ReplyDelete
  3. betul tu, low loader memang merbahaya. banyak barang-barang kecil yang diorang suka tinggal kat belakang tu... 

    kalau ada peluang, terus overtake, jangan tunggu lama-lama belakang lori macam tu

    ReplyDelete
  4. Memang tak boleh tunggu lama dibelakang bahaya..

    ReplyDelete
  5. Dalam usaha nak memotong tu.. ada pulak batu mengelunsur.. memang nasib tak baik la tu.

    ReplyDelete
  6. uiksss bahaya nyaaa...alhamdulillah tak da ape2 yang berlaku..diorng ni main suka2 je tau...isk membahayakan orang lain sungguhh!!!

    ReplyDelete
  7. Bayangakan kalau yang kena tu penunggang motorsikal.. tentu ada nyawa yang melayang..

    ReplyDelete
  8. lori ni kalu takde muatan lagi la laju dia bawak, lepas tension time bawak slow kot. apa salahnya diorang simpan elok2 batu ke kayu ke menyusahkan orang lain je.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya memang kena simpan atau ikat dengan kemas batu atau kayu itu.. Mungkin diaorang lupa kot..

    ReplyDelete
  10. omg so scary.

    ReplyDelete
  11. Yeah.. so scarry

    ReplyDelete