BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 April 2010

Budak Lelaki Itu Kasutnya Tiada Saiz .. OK!

Memulakan alam persekolahan tentunya antara perkara terpenting didalam hidup. Aku seperti kanak-kanak yang lain sudah tentu sangat gembira untuk belajar di sekolah rendah sebaik sahaja tamat belajar di sekolah tadika. Setiap hari Aku akan bertanya kepada emak, "bilakah Aku akan dapat pergi ke sekolah rendah?" Biasanya emak hanya menjawab mudah, "bila buka penggal baharu persekolahan!" Oh! Emak memang jenis yang tidak banyak cakap.

Saiz Kecil

Sebenarnya ada perkara yang paling emak risaukan kerana Aku sebenarnya tergolong dikalangan kanak-kanak lelaki yang sangat kecil saiz tubuh badannya. Teringat ketika itu emak sedang menjahit, seorang jiran bertanyakan kepadanya.

Jiran: Apa kakak buat tu?
Emak: Jahit baju dan seluar sekolah!



Tiada Dijual Di Kedai

Ketika hendak masuk ke darjah satu, pakaian sekolah Aku emak yang menjahitnya kerana saiz Aku tiada dijual di kedai. Kalau masalah pakaian, memang emak boleh menyelesaikannya tetapi bila bab membeli kasut, memang memeningkan kepalanya.

Hanya Boleh Pakai Kasut Fung Keong 

Lupakan kasut Bata BM 2000 yang menjadi idaman kalbu. Hanya satu jenama sahaja yang mempunyai saiz yang paling kecil yang boleh dipakai walaupun tetap besar juga dan ianya dari jenama Fung Keong! Kasut kain bertapak getah bewarna hijau (kalau tidak silap) yang mempunyai hujung yang tirus! Aku benci kasut itu kerana tidak ada seorang pun rakan lain yang memakai kasut sama seperti Aku. Err lagipun macam kasut perempuan!

Gambar kasut tersebut ialah yang gambar paling hampir dengan kasut yang Aku maksudkan. Dimuat turun dari website FKR (Fung Keong Rubber Manufactory). Model yang Aku benci itu bertali. Mungkin tidak lagi dikeluarkan sekarang.

Sudah Macam Ronald McDonalds!

Oleh kerana Aku terlalu menginginkan kasut Bata BM 2000, akhirnya abah membelinya. Tetapi untuk memakainya ke sekolah, emak masukkan dahulu gumpalan kertas surat khabar di hadapan kasut. Helah dan tips menarik dari emak untuk anak lelakinya yang kasutnya tiada saiz!  Sungguh bangga ke sekolah dengan kasut Bata BM 2000 walaupun pada hakikatnya gaya Aku berkasut tidak ubah seperti "Ronald McDonalds"!




8 ulasan:

  1. e.l.i.s.s.m.i.eApril 07, 2010

    kesiannya..janji buleh pakai :)

    BalasPadam
  2. Nak pakai punya pasal :D

    BalasPadam
  3. huhu.. sib baik la masa dulu saya ada saiz.. tp skrg ni plak payah nak cari kasut yg best..

    BalasPadam
  4. La terbaliklah pulak.. Saya pulak ada masalah dengan kasut time ada "sale". Bila jumpa, dah berkenan masa nak mintak saiz.. selalunya tak de saiz!

    BalasPadam
  5. hehe.. kalau xdapat beli kasut masa sale, tu tandanya saiz universal.. saiz yg berlamabak org pakai..

    saya lak, kalau saiz dewasa besor sgt.. kalau pakai budak kecik punya terlalu shiny sangat lak.. hehe

    BalasPadam
  6. 1/64 diecast hunterApril 07, 2010

    haha.. aku pun pernah beli kasut tu.. dah la nipis, tapi kewangan tak mengizinkan, raya kumpul duit beli kasut Bata!

    BalasPadam
  7. Butul tu.. Saiz popular :D saiz average..

    BalasPadam
  8. Eh pernah beberapa kali, Abah beli kasut sekolah time raya.. Katanya boleh buat kasut raya.. dah habis raya nanti boleh buat pegi sekolah. Kasut sekolah merangkap kasut raya!

    BalasPadam